Kuala Lumpur, 21 November 2025 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah mengadakan sesi libat urus bersama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bagi berkongsi maklumat, membuka ruang idea baharu dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), serta meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.
Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Dr. Sharmila binti Mohamed Salleh menyambut baik Delegasi YPKT yang diketuai oleh Pengarah YPKT, YBrs En. Ahmad Faris bin Abdul Razak.
Sesi ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan profesional serta menyelaras potensi kolaborasi yang dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti program pembangunan keluarga di Terengganu.







