- Mewujudkan sumber-sumber dan kemudahan yang masih belum wujud atau yang masih belum mencukupi.
- Membantu individu yang bermasalah untuk mendapatkan pertolongan melalui system rujukan dengan agensi-agensi / sumber kepakaran yang sesuai.
- Menyebarkan maklumat tentang isu-isu kekeluargaan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan anggota masyarakat melalui media massa.
- Menyediakan kursus-kursus, menyebarkan pengetahuan dan kemahiran di dalam pengurusan keluarga dan aspek keibubapaan.
- Meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kekeluargaan melalui persidangan seminar dan bengkel.
- Mengemukakan cadangan dan saranan kepada kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan mutu kehidupan berkeluarga.
- Menjalankan kajian tentang aspek-aspek kekeluargaan serta mengumpulkan maklumat bagi menyokong usaha perancangan, pelaksanaan dan penilaian kegiatan.
- Memupuk dan menggalakkan usaha ke arah amalan konsep kekeluargaan dalam organisasi, jabatan dan institusi.