YPKT Raih Penarafan 3 Bintang Projek Inovasi 'My Amazing Magic Stair' di Anugerah Persada Inovasi Negeri Terengganu 2025

 
KUALA TERENGGANU, 17 November 2025 – Majlis Anugerah Persada Inovasi Negeri Terengganu 2025 yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman telah berlangsung dengan penuh jayanya, menghimpunkan 37 kumpulan inovasi dari pelbagai agensi kerajaan negeri.
 
Dalam majlis tersebut, Kumpulan AscendIQ daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah dianugerahkan penarafan 3 Bintang bagi penyertaan mereka dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Negeri Terengganu 2025.
 
Projek AscendIQ, “My Amazing Magic Stair”, merupakan usaha inovasi sosial berasaskan pendekatan Design Thinking, yang tercetus daripada analisis keperluan TASKA berkaitan cabaran pelaksanaan aktiviti fizikal naik dan turun tangga dalam kalangan kanak-kanak. Projek ini dirangka bagi meningkatkan keselamatan, keberkesanan dan pengalaman pembelajaran fizikal di pusat asuhan.
 
Sementara itu, Anugerah Persada Inovasi Emas telah diraih oleh kumpulan The Tracers II dari Yayasan Terengganu. Majlis Daerah Hulu Terengganu menerusi kumpulan VIBES diumumkan sebagai penerima Anugerah Persada Inovasi Perak, manakala kumpulan INOVIT daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat) dipilih sebagai penerima Anugerah Persada Inovasi Gangsa.
 
 
PARA PEMENANG INOVASI
 
PENYAMPAIAN HADIAH PROJECT INOVASI
 
PARA PEMENANG INOVASI
Pin It

Jumlah Pelawat : 296276

  • Kemaskini Terkini : Ahad 23 November 2025, 12:34:15.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY