Kota Bharu, 2 Oktober 2025 – Seramai 120 peserta warga emas telah menyertai Program Cakna Warga Emas DUN Manir – Jelajah Musafir ke Kelantan yang berlangsung di Madrasah Darul Naim, Melor, Kota Bharu, pagi tadi.
Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YB Ustaz Hilmi bin Dato' Harun, ADUN Manir, manakala ketibaan rombongan disambut mesra oleh YB Ustazah Nor Asilah binti Mohamed Zin, Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.
Turut bersama dalam program tersebut ialah YB Dato' Rohani binti Ibrahim, Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, serta En. Mohd Faizal bin Haron, Pegawai YPK Kawasan Hulu Terengganu yang mewakili YBhg. Tuan Pengarah YPKT.
Program ini diisi dengan sesi taklimat, ramah mesra bersama pemimpin, serta lawatan ke 200 buah rumah warga emas di perkampungan sekitar. Inisiatif ini diadakan bagi memperkukuh silaturahim serta menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan warga emas.