Setiu, 1 Oktober 2025 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah mengadakan Program Pasca Perkahwinan Sehati Sejiwa. Program ini telah dihadiri oleh seramai 57 orang.
Dalam program ini, Encik Syahrul Ridzwan bin Mohd Shaim (Penolong Pegawai Penerangan lppkn) telah menyampaikan slot 1 yang bertajuk Mengurus Emosi Bersama. Slot kedua pula telah disampaikan oleh Puan Nor Harmimi Binti Jalil (Penolong Pengarah Kanan lppkn) yang bertajuk Bicara Kita.
Sebelum slot bermula, Encik Halim bin Mohamed, Pegawai Kawasan Setiu telah menyampaikan ucapan aluan.




