Skim Permata Sejahtera

Image

Latar Belakang

  • Kepesatan pembangunan pendidikan di Negeri Terengganu telah memberi ilham kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk menyediakan tabungan awal kepada setiap kelahiran baharu di negeri ini. Melalui bajet 2015, Y.A.B Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan bahawa setiap bayi yang lahir di negeri ini dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan layak memohon sumbangan ini. Sumbangan yang diberikan dibuat dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
  • Pengagihan ini akan diselaraskan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu setelah permohonan dibuat  oleh pihak ibu bapa.

Syarat-Syarat

  • Bayi dilahirkan di Negeri Terengganu bermula Januari 2023 hingga Disember 2023.
  • Ibu atau Bapa bayi mestilah Rakyat Terengganu yang lahir atau menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.
  • Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan MyKAD Ibu dan Bapa serta MyKID @ Sijil Kelahiran Bayi.
  • Permohonan Secara Atas Talian (ONLINE) KLIK DISINI

Bentuk Sumbangan

  1. Anak Pertama dan KE-2 : RM200.00
  2. Anak KE-3 hingga KE-5 : RM300.00
  3. Anak KE-6 dan  keatas : RM500.00

Apakah Keistimewaan

  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga RM 8,000.00 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa.
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM 1,000.00 dan ke atas.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikeculaikan cukai pendapatan.
  • Pemberian Geran Sepadan sehingga RM 10,000.00 untuk satu keluarga yang layak*.
  • Simpanan dijamin oleh kerajaan.
  • Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.
Pin It

Jumlah Pelawat : 162067

  • Kemaskini Terkini : Selasa 14 Mei 2024, 08:50:20.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY