Pengurus Kediaman

Image

Latar Belakang

Bagi mencapai hasrat Kerajaan Negeri Terengganu menangani masalah kebergantungan kepada pekerja asing dalam kerjaya mengurus kediaman, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mewujudkan program khas iaitu program Pengurus Kediaman ( Home Manager ) yang telah bermula pada tahun 2015. Program ini dapat memberi peluang kerjaya kepada golongan miskin dan ibu tunggal yang menjadi peserta atau pekerja seterusnya meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka.

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bersama anak syarikat iaitu Permodalan YPK Sdn Bhd selaku agensi yang menguruskan program ini berusaha memastikan keberkesanan program dengan menyediakan modul latihan kepada semua peserta. Program ini mengandungi modul yang lengkap seperti kebersihan dan kekemasan, tatasajian dan hidangan makanan, pelupusan sampah, cucian pakaian, pembersihan umum, penjagaan orang tua, bayi dan kanak-kanak serta motivasi / perubahan minda dan sebagainya.

Selain itu Permodalan YPK Sdn Bhd juga menyediakan Pusat Latihan Bertauliah melalui Program Sistem Latihan Dual Nasional dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Peserta yang mengikuti latihan ini akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1, 2 dan 3 yang diiktiraf.

Objektif

  • Menjadikan kerjaya Pengurus Kediaman sebagai satu kerjaya yang profesional dan diterima positif oleh masyarakat.
  • Mengurangkan kebergantungan kepada warga asing dalam kerjaya mengurus kediaman.
  • Membantu masyarakat yang memerlukan perkhidmatan pengurusan kediaman.
  • Meningkatkan pendapatan isi rumah agar berkemampuan keluar dari kemiskinan

Kumpulan Sasar

Program ini dibuka kepada rakyat negeri Terengganu dari kalangan Ibu Tunggal / isi rumah miskin / belia dan beliawanis yang berminat serta memiliki kriteria seperti berikut :-

  • Pemohon hendaklah berumur diantara 18 hingga 45 tahun.
  • Pemohon hendaklah memiliki pendidikan minimum Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau setaraf.
  • Pemohon hendaklah sihat / cergas mental dan fizikal dan lulus pemeriksaan kesihatan.
  • Pemohon hendaklah lulus dalam temuduga yang dijalankan dan mengikuti latihan yang dilaksanakan.

Kemudahan

  • Gaji Minimum RM1,500.00
  • KWSP / SOCSO
  • Kemudahan Perubatan
  • Pakaian Seragam
  • Elaun Praktikal
  • Bimbingan Usahawan
  • Perlindungan Insurans Berkelompok
  • Subsidi Yuran Taska

Pengurusan

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah melantik Permodalan YPK Sdn Bhd untuk menyediakan modul latihan kepada peserta, serta menguruskan penempatan latihan praktikal dan kerjaya kepada peserta yang telah tamat latihan.

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu akan berperanan merancang, mempromosikan serta membuat pemantauan dan penilaian keberkesanan untuk tujuan penambahbaikan program ini.

Tempoh Kursus

Latihan

Tempoh Latihan

Kolej INFORANA

14 hari

Praktikal di rumah majikan, pejabat, taska, rumah orang tua atau hotel

1 Bulan

Jumlah Pelawat : 196535

  • Kemaskini Terkini : Ahad 08 Disember 2024, 11:31:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY