SESI PENGUJIAN PENGGUNA PORTAL BAHARU YPKT

KUALA TERENGGANU, 14 September 2026 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah mengadakan Sesi Pengujian Pengguna (User Acceptance Testing, UAT) bagi pembangunan Portal Baharu YPKT bertempat di Bilik Mesyuarat Utama YPKT.
Sesi tersebut melibatkan pembentangan oleh Amiro Technology yang diketuai oleh Encik Mohd Kamarulzaman bin Shafie bersama pasukan berhubung pembangunan Portal YPKT sedia ada dan Portal Baharu YPKT.
Pembentangan merangkumi penerangan mengenai portal lama dan portal baharu, perbandingan fungsi serta ciri antara kedua-dua portal, selain demonstrasi secara langsung Portal Baharu YPKT bagi memperlihatkan fungsi dan kemudahan yang telah dibangunkan.
Sesi kemudiannya diteruskan dengan pelaksanaan UAT oleh pihak YPKT bagi menilai fungsi, kebolehgunaan dan kesesuaian Portal Baharu YPKT berdasarkan keperluan pengguna serta operasi semasa.
Pengarah YPKT, YBrs. En. Ahmad Faris bin Abdul Razak, hadir menyaksikan sesi pembentangan, demonstrasi dan pelaksanaan UAT tersebut.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan), Tuan Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran, Puan Mazliza binti Abdul Mubin; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi dan Korporat, Tuan Haji Abdul Ghafar bin Mamat; Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Encik Mohd Jamil bin Awang serta pegawai dan kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat YPKT.
Pelaksanaan UAT ini merupakan salah satu peringkat penting dalam proses pembangunan Portal Baharu YPKT bagi memastikan portal yang dibangunkan dapat berfungsi dengan baik, memenuhi keperluan pengguna serta memperkukuh penyampaian maklumat dan perkhidmatan YPKT melalui platform digital.
Pin It

Jumlah Pelawat : 444535

  • Kemaskini Terkini : Selasa 29 September 2026, 15:55:58.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY