YPKT KELUARGA ANGKAT PARA CATUR TERENGGANU SUKMA SELANGOR 2026

KUALA NERUS, 1 September 2026 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dilantik sebagai Keluarga Angkat bagi Kontinjen Para Catur Negeri Terengganu yang akan menyertai temasya PARA SUKMA Selangor 2026.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) YPKT, Tuan Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain, hadir pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Terengganu PARA SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung di Ar Riyadah Residence, Kuala Nerus.

Kontinjen Para Catur Negeri Terengganu terdiri daripada tiga orang atlet, seorang jurulatih dan seorang pengurus yang akan membawa cabaran negeri dalam temasya berkenaan.

Kontinjen dijadualkan bertolak ke Selangor pada 2 September 2026 bagi membuat persiapan sebelum pertandingan yang akan berlangsung dari 6 hingga 10 September 2026 bertempat di Wyndham Acmar Klang.

Pelantikan YPKT sebagai Keluarga Angkat merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memberikan sokongan, khususnya dari aspek kebajikan, motivasi dan semangat kepada kontinjen Para Catur Negeri Terengganu sepanjang menyertai PARA SUKMA Selangor 2026.

YPKT berharap sokongan yang diberikan dapat menyuntik semangat kepada para atlet untuk memberikan prestasi terbaik serta mengharumkan nama Negeri Terengganu di persada sukan para negara.

ypkt catur1

ypkt catur2

ypkt catur3

ypkt catur4

Pin It

Jumlah Pelawat : 434012

  • Kemaskini Terkini : Ahad 06 September 2026, 09:33:19.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY