Bicara Keluarga Jannah Tekankan Pengurusan Kewangan dan Keibubapa

12 Mei 2026, Kuala Terengganu – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga dan Komuniti telah menganjurkan Program Bicara Keluarga Jannah Parlimen Kuala Terengganu yang berlangsung di Dewan Kompleks Ibu Tunggal YPKT, hari ini.

Program tersebut telah disertai oleh seramai 20 pasangan suami isteri yang terdiri daripada masyarakat sekitar Parlimen Kuala Terengganu. Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh institusi kekeluargaan melalui pengisian ilmiah dan perkongsian berkaitan kesejahteraan rumah tangga, komunikasi berkesan serta pengurusan kehidupan berkeluarga yang lebih harmoni dan berkualiti.

Pelaksanaan program ini juga merupakan antara inisiatif berterusan YPKT dalam mendukung agenda pembangunan keluarga sejahtera selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai kekeluargaan kukuh, berdaya tahan dan saling menyokong antara satu sama lain.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian yang memberi penekanan terhadap aspek pembangunan keluarga, pengukuhan hubungan suami isteri serta keibubapaan yang efektif dalam mendepani cabaran kehidupan masa kini.

Ceramah pertama telah disampaikan oleh Syahrul Ridzuan bin Mohd Sham, Penolong Pegawai Penerangan Unit Penerangan dan Pendidikan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Terengganu (LPPKN). Ceramah tersebut memfokuskan kepada pengurusan kewangan keluarga sebagai panduan kepada peserta dalam mengurus perbelanjaan isi rumah secara sistematik, berhemah dan berkesan.

Dalam sesi tersebut, peserta turut didedahkan dengan kepentingan perancangan kewangan, pengurusan hutang, simpanan serta kaedah mengurus keperluan keluarga secara seimbang bagi memastikan kestabilan ekonomi rumah tangga dapat dicapai. Pengisian ini secara tidak langsung membantu meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang baik dalam mewujudkan keluarga yang lebih stabil dan harmoni.

Turut berlangsung ialah ceramah bertajuk “Keibubapaan Siber” yang telah disampaikan oleh Nor Harmimi binti Jalil, Pegawai Penerangan LPPKN Negeri Terengganu. Ceramah tersebut memberi pendedahan berkaitan cabaran penggunaan teknologi komunikasi dan media sosial dalam institusi keluarga pada masa kini.

Peserta turut diberi penerangan mengenai langkah mengenal pasti risiko dan isu berkaitan alam siber khususnya yang melibatkan anak-anak dan remaja, selain kaedah pemantauan serta pendekatan komunikasi yang sesuai dalam memastikan penggunaan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab dalam kalangan ahli keluarga.

Program Bicara Keluarga Jannah ini dilihat sebagai platform yang sangat signifikan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pembentukan institusi keluarga yang kukuh, harmoni dan sejahtera. Selain itu, program seperti ini turut membantu memperkasakan peranan ibu bapa dalam mendepani perubahan sosial dan cabaran era digital yang semakin kompleks.

Pihak YPKT berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan pada masa akan datang bagi memperluaskan manfaat kepada masyarakat serta memperkukuh institusi kekeluargaan sebagai asas utama dalam pembentukan komuniti yang sejahtera dan berkualiti.

#ypkt

#keluargabahagiahidupsejahtera

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

bicara jannah1

bicara jannah2

bicara jannah3

bicara jannah5

bicara jannah6

bicara jannah4

Pin It

Jumlah Pelawat : 377020

  • Kemaskini Terkini : Rabu 20 Mei 2026, 10:21:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY