Dialog Keusahawanan PJD Platform Perkongsian Ilmu & Inspirasi

 

KUALA TERENGGANU, 5 April 2026 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) melalui Bahagian Sosio Ekonomi telah menganjurkan Program Dialog Keusahawanan bertemakan “Inspirasi Kejayaan Program Jaya Diri” 2026 bagi Parlimen Kuala Terengganu yang berlangsung di Kompleks Ibu Tunggal YPKT, hari ini.

Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan YPKT dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi peserta Program Jaya Diri, khususnya dalam bidang keusahawanan yang dilihat sebagai pemangkin utama kepada peningkatan taraf hidup dan kemandirian ekonomi keluarga.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh, suntikan motivasi serta perkongsian pengalaman sebenar kepada para peserta dalam usaha membina masa depan yang lebih cemerlang melalui penglibatan aktif dalam bidang keusahawanan. Melalui pendekatan dialog interaktif, para peserta berpeluang menimba ilmu secara langsung daripada usahawan yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dalam dunia perniagaan.

Sesi dialog tersebut menampilkan usahawan berjaya, Sharifah Mariam binti Sh Along, Ketua Pegawai Eksekutif Pinggan Kunyit Catering, yang berkongsi pengalaman serta perjalanan beliau dalam membangunkan perniagaan daripada peringkat awal sehingga berjaya menembusi pasaran industri makanan dan minuman serta perkhidmatan katering.

Perkongsian beliau merangkumi pelbagai aspek penting termasuk cabaran dalam pengurusan operasi, strategi pengembangan perniagaan, pengurusan kewangan serta keupayaan mengekalkan daya saing dalam pasaran yang semakin kompetitif. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan disiplin, ketekunan dan inovasi sebagai elemen utama dalam memastikan kelangsungan dan kejayaan sesebuah perniagaan.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan terhadap usaha YPKT dalam menyediakan platform pembangunan keusahawanan yang komprehensif kepada masyarakat, khususnya golongan sasar Program Jaya Diri.

Turut hadir memeriahkan program ialah Nazri bin Yusoff, Timbalan Pengarah (Program) YPKT; Siti Khatijah binti Sapei, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi YPKT; Farrah Noor Faradhila binti Mohd Zuki, Pegawai YPK Kawasan Kuala Terengganu; serta Juliana binti Hassan, Pengerusi Kelab JADI.

Penganjuran program ini dilihat sebagai platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi, usahawan serta peserta program, di samping membuka ruang kepada perkongsian idea dan pengalaman yang mampu memberi impak positif kepada pembangunan keusahawanan tempatan.

Sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri dalam memperkasa ekonomi rakyat, YPKT komited untuk terus melaksanakan pelbagai program berimpak tinggi yang mampu melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing, berdaya tahan dan berkeupayaan menjana pendapatan secara mampan.

#ypkt

#keluargabahagiahidupsejahtera

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

PJD1 

PJD2

PJD3

PJD4

PJD5

PJD6

PJD7

Pin It

Jumlah Pelawat : 355143

  • Kemaskini Terkini : Selasa 07 April 2026, 12:47:20.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY