KUALA TERENGGANU – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Taman Tamadun Islam (TTI) yang diketuai oleh Pengurus Besarnya, YBrs. Tuan Haji Mohd Fadhil bin Wahab, pada 4 Februari 2026 di Bilik Mesyuarat Utama YPKT.
Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan peranan dan fungsi Taman Tamadun Islam serta mengukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha memperluas jaringan strategik.
Delegasi TTI turut disertai oleh Encik Ali bin Othman, Pengurus Kewangan, Pentadbiran dan Sumber Manusia; Encik Muhamad Ridhuan bin Ismail, Pengurus Prasarana, Pembangunan dan Projek; Puan Nang Suhasanu binti Long Muda, Penyelia Jualan; serta Encik Jasbi bin Jusoh, Penyelarasan Acara.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh YBrs. Pengarah YPKT, Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak. Turut hadir wakil pengurusan YPKT ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan), Tuan Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi dan Korporat, Tuan Haji Abd. Ghafar bin Mamat; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Tuan Haji Mohd Fauzy @ Mohd Ali bin Abd. Ghani; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sosioekonomi, Puan Siti Khatijah binti Sapei; serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga dan Komuniti, Encik Wan Zulfazlee bin Mustaffa.






