Kuala Terengganu, 5 Februari 2025 – Bengkel Pemantapan Ketua Pusat Program Jaya Diri serta Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Pusat bagi Parlimen Marang dan Hulu Terengganu telah diadakan di Dewan Kompleks Ibu Tunggal Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Program ini bertujuan untuk memperkukuh peranan ketua pusat serta memupuk sikap tanggungjawab dan amanah dalam kepimpinan mereka.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Program Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK), Tuan Haji Nazri bin Yusoff. Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Sosio Ekonomi, Puan Siti Khatijah binti Sapei, serta Pegawai Kawasan YPK Marang, Cik Zainur Suhada binti Mamat, dan Pegawai Kawasan YPK Hulu Terengganu, Encik Mohd Faizal bin Haron.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan ketua pusat dalam menggalas tanggungjawab mereka serta memperkukuh keberkesanan Program Jaya Diri.