Latar Belakang
- Program Penjanaan Ekonomi Keluarga Miskin (Program Jaya Diri) merupakan program yang menumpukan kepada usaha membangkitkan kesedaran serta menggalakkan keluarga mudah miskin berdikari dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga. Melalui program ini peserta dilatih dengan disiplin dan kemahiran asas pengurusan diri. Peserta seterusnya menerima pinjaman modal tanpa faedah untuk menjalankan aktiviti yang meningkatkan pendapatan isi rumah.
- Program ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu pada 11 November 1994. Pinjaman ini tidak mengenakan sebarang cagaran, penjamin dan faedah. Bakal-bakal peserta disyaratkan menubuhkan kumpulan dan pusat yang terdiri daripada 4 - 20 orang di kawasan-kawasan yang terlibat. Kumpulan dan pusat dibentuk bagi memupuk sikap kerjasama dan disiplin di dalam menjalankan projek dan membayar balik pinjaman.
- Penyertaan diutamakan kepada golongan wanita sebagai wakil isirumah. Peserta dilibatkan didalam program khusus untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab bersama seterusnya melahirkan individu yang berdayasaing.
Objektif
- Melahirkan keluarga berdikari di kalangan isi rumah mudah miskin dengan cara mereka bekerja untuk membantu diri mereka sendiri.
- Membantu meningkatkan ekonomi isirumah yang berpendapatan rendah.
- Memberi galakan kepada kaum wanita untuk membantu suami dalam usaha menambahkan pendapatan.
- Menerapkan nilai-nilai positif kepada golongan sasaran seperti berdisiplin, bertanggungjawab, berani dan bersatu ke arah mencapai objektif program.
Kursus/Aktiviti terlibat
Bil. | Kursus/Aktiviti | Objektif | Kumpulan Sasar | Tempoh Program |
---|---|---|---|---|
1 | Pinjaman Modal (Program Jaya Diri) |
| Golongan Mudah Miskin | |
2 | Kursus Asas Perniagaan |
| Peserta PJD | 1 Hari |
3 | Kursus Kemahiran |
| Peserta PJD | 1 hari |
4 | Kursus Kepimpinan (Ketua Pusat PJD) |
| Peserta PJD | 1 Hari |