Majlis Penutup Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon 2022

 Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan Program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon di Hotel Balik Pulau, Melaka selama 3 hari 2 malam pada 15 November hingga 17 November 2022.
Seramai 28 pasangan menghadiri di dalam program ini dimana terdiri daripada agensi kerajaan negeri Terengganu dan swasta yang sama-sama menjayakan program ini antaranya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, Polis DiRaja Malaysia, dan Pejabat Dewan Undangan Negeri.
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Ybrs Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah, Pengarah YPKT. Turut hadir sama Timbalan Pengarah Program, Encik Kamarulzaman bin Awang, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Tuan Haji Mohd Fauzy bin Abd Ghani dan Ketua Penolong Pesuruhjaya bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Tuan Haji Mokhtar bin Salleh.
Program Pasca Perkahwinan 2nd. Honeymoon diadakan adalah untuk memenuhi salah satu hasrat Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan kualiti hidup berkeluarga rakyat Terengganu melalui kaedah pengukuhan hubungan kasih sayang antara pasangan.
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan keluarga bahagia dan berkualiti dengan fokus utama pengisian program ini adalah untuk memberi kesedaran melaksanakan tanggungjawab, teknik pengurusan kasih sayang, mengurus konflik / stressm pengurusan sumber keluarga dan kaedah mengurus hubungan intim suami / isteri.
 
 
 pasca1
 
 pasca2
 
 pasca3
 
 pasca4
 
pasca5 
pasca6 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pin It

Jumlah Pelawat : 386381

  • Kemaskini Terkini : Rabu 20 Mei 2026, 10:21:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY