1 November 2025 - Sambutan Hari Pendidik Peringkat Negeri Terengganu 2025 Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di Dewan Terbuka The Payang Scott Inn Kuala Nerus yang menyasarkan semua pendidik dan kakitangan seramai 844 orang dari 73 buah taska di 8 parlimen Terengganu.Tujuan program motivasi (team bulding) kakitangan tahun 2025 taska permata keluarga diadakan untuk mengukuhkan jalinan ukhwah,meningkatkan motivasi kerja berpasukan serta mewujudkan suasana kerja yang positif dan menyeronokkan.
Objektif program ialah untuk meningkatkan kesedaran dikalangan pendidik taska sendiri tentang peranan mereka dalam perkembangan anak-anak di awal usia, menghargai dan memartabatkan peranan serta sumbangan pendidik taska dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak melalui pertandingan taska indah yang merangkumi pelbagai kategori.
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini berlangsung ialah acara melukis,acara rekacipta project "go green-flora & fauna",acara mewarna ,kembar siam,anak ayam mencari ibu,cepat,aiskrim dah cair,cucuk jarum,musang berjanggut ,radio rosak,dari mata jatuh ke mulut, fashion show,laluan berliku dan booth terbaik.Diharapkan melalui inisiatif program ini dapat mengeratkan jalinan di antara pendidik dan meningkatkan semangat para pendidik untuk terus berbakti kepada anak bangsa.









