Selangor, 28 Oktober 2025 – Seramai 36 peserta Program Pinjaman Jaya Diri (PJD) bidang peruncitan telah menyertai Lawatan Peningkatan Ilmu “Dari Kilang ke Kedai” yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Oktober 2025.
Lawatan ini melibatkan dua destinasi utama iaitu Ladang Farm Fresh di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor dan Kilang Coklat Grandeur Prima di Selayang, Selangor.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan langsung kepada peserta tentang dunia peruncitan serta perkongsian pengalaman daripada usahawan bumiputera yang berjaya dan telah mendapat pengiktirafan produk halal JAKIM serta sijil MESTI.
Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform untuk mewujudkan rangkaian perniagaan yang lebih kukuh dan sihat antara peserta dengan usahawan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.







