Program ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Abdul Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi & Korporat YPKT, yang menyampaikan pengisian bertemakan keharmonian rumah tangga dan komunikasi berkesan antara pasangan suami isteri.
Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir memeriahkan program ini. Semoga segala ilmu dan nasihat yang dikongsikan dapat diamalkan dalam kehidupan berumah tangga ke arah membina keluarga yang bahagia, harmoni dan sejahtera.
#YPKTLI
#KeluargaBahagiaHidupSejahtera
#ProgramSehatiSejiwa
#TerengganuMajuBerkatSejahtera







