Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Kesejahteraan Rakyat Zon Barat (Marang/Hulu Terengganu) anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) bagi memperkasa ekonomi komuniti melalui kemahiran kraf tempatan.
Lawatan ini turut diiringi oleh Timbalan Pengarah, pegawai program YPKT serta wakil Pusat Pembangunan Pembangunan Masyarakat (PPPM) Hulu Terengganu. Melalui bengkel ini, para peserta diberi pendedahan terhadap teknik asas pembuatan beg berasaskan kain batik serta bimbingan keusahawanan bagi meningkatkan kualiti dan nilai pasaran produk mereka.
Program seumpama ini diharap dapat memperkukuh ekonomi setempat, memperkasa wanita serta golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dalam menjana pendapatan melalui aktiviti kraf yang kreatif dan berdaya saing.
#YPKTLI
#KeluargaBahagiaHidupSejahtera
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#KesejahteraanRakyat2025







