Majlis Walimatulurus Perdana 2025: 192 Pasangan Pengantin Dirai dengan Penuh Makna

Walimatulurus perdana kawasan hulu Terengganu—Dengan perasmian YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Program Walimatulurus Perdana Peringkat Negeri Terengganu 2025 berlangsung dengan indah dan meninggalkan kenangan manis kepada semua yang hadir. Seramai 192 pasangan pengantin baharu dari seluruh negeri Terengganu telah dikumpulkan dalam majlis yang meriah, damai dan penuh kesyukuran.

Di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu, yang dihiasi dengan gaya tradisi, seramai 20 pasangan pengantin bersama keluarga masing-masing telah diraikan secara khusus.Menyerikan lagi detik bersejarah pasangan memulakan kehidupan berumah tangga. Majlis menjadi lebih meriah apabila keluarga, rakan-rakan dan tetamu jemputan turut sama hadir memeriahkan majlis, ia sekaligus menunjukkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam masyarakat.
 
Program ini, yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu, adalah sebahagian daripada usaha murni untuk membantu pasangan pengantin dan keluarga meringankan belanjawan dalam membina rumah tangga. Ia juga memberi peluang kepada pasangan muda untuk memulakan kehidupan berumah tangga dengan lebih tenang, sistematik dan berasaskan nilai kesabaran, kasih sayang dan persefahaman. Selain itu, inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan institusi keluarga adalah penting untuk kesejahteraan masyarakat.

Tahniah diucapkan kepada semua pasangan yang diraikan melalui program ini. Semoga mahligai yang dibina sentiasa dipenuhi rahmat dan keberkatan Allah SWT, serta menjadi permulaan kepada kehidupan berkeluarga yang harmoni, sejahtera, dan mampu melahirkan generasi yang berakhlak mulia. Mudah-mudahan rumah tangga yang terbina ini akan menjadi tiang seri masyarakat Terengganu yang Maju, Berkat dan Sejahtera, selaras dengan aspirasi negeri.

 

Dr ahmad samsuri

temu ramah pengantin
 
para pengantin
 
perarakkan becca
 
pengantin 2025
Pin It

Total Visitors : 284279

  • Last Modified : Thursday 23 October 2025, 10:02:32.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY