BSN & YPKT Jalin Kerjasama Strategik, Perkenal Produk & Inisiatif Pembangunan Keluarga

KUALA TERENGGANU, 8 September 2025 — Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bank Simpanan Nasional (BSN) Negeri Terengganu dalam usaha memperkukuh hubungan strategik serta membuka ruang kerjasama baharu.
 
Kunjungan yang diketuai oleh En. Mohd Yuzakri bin Yazid, Pengarah Negeri BSN Terengganu turut disertai oleh En. Azufian bin Adenan, Ketua Khidmat Pengurusan; Wan Mohd Fazamy Azwandy bin Mohamad Razalli, Ketua Pengurusan Deposit Negeri; dan Pn. Siti Fatimah binti Abdullah, Pengurus Pembiayaan Perniagaan & Penyemak.
 
Sesi kunjungan ini telah disambut baik dan dipengerusikan oleh En. Ahmad Faris bin Abdul Razak, Pengarah YPKT, dengan kehadiran Timbalan Pengarah serta ketua-ketua bahagian YPKT.
 
Pertemuan ini memberi ruang kepada BSN untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang dapat dimanfaatkan oleh YPKT, selain membincangkan inisiatif bersama bagi memperkukuh pembangunan keluarga, ekonomi dan sosial masyarakat negeri.
 
Pin It

Total Visitors : 284282

  • Last Modified : Thursday 23 October 2025, 10:02:32.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY