Portal Jodoh Darul Iman Dilancar

KUALA TERENGGANU, 6 Ogos 2025 – Mencari jodoh bukan lagi satu perkara yang memalukan, tetapi suatu keperluan yang perlu dipandu dengan tertib dan patuh syariah. Seiring fitrah manusia yang mengimpikan kehidupan berkeluarga, Kerajaan Negeri Terengganu mengambil langkah proaktif melancarkan Portal Jodoh Darul Iman.
 
Portal ini diwujudkan sebagai medium rasmi yang selamat dan beretika bagi membantu golongan bujang, ibu atau bapa tunggal Muslim di negeri ini mencari pasangan hidup yang serasi, berlandaskan prinsip Islam serta nilai adab ketimuran. Portal ini dibangunkan oleh Top-It Industri Sdn. Bhd. dengan sokongan penuh daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
 
Portal ini bukan sahaja menyediakan padanan pasangan, malah turut dibekalkan bimbingan, panduan dan pemantauan bagi memastikan kesungguhan serta keselamatan semua pihak terlibat.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Turut hadir YB Haji Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri.
 
Pin It

Total Visitors : 284279

  • Last Modified : Thursday 23 October 2025, 10:02:32.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY