TAKLIF : Bina Sahsiah Remaja

 
Besut, 1 Julai 2025 – Program FITYAH Terengganu (FATEH): TAKLIF, anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Renek, Besut. Program ini melibatkan penyertaan pelajar Tingkatan 3 bersama ibu bapa masing-masing.
 
Inisiatif ini bertujuan memberi kesedaran kepada remaja tentang tanggungjawab mereka sebagai khalifah serta pewaris nilai-nilai Islam di bumi Terengganu. Pengisian utama memberi tumpuan kepada pemahaman tentang amanah yang dipikul selepas mencapai usia baligh, khususnya berkaitan dosa dan pahala, serta batasan halal dan haram dalam kehidupan seharian.
Ceramah utama telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Abd Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi & Korporat YPKT, yang menekankan peri pentingnya pembentukan akhlak dan kefahaman agama sejak remaja.
 
Melalui pendekatan bersepadu melibatkan ibu bapa, program ini diharap dapat memperkukuh jati diri pelajar sebagai Muslim yang sedar dan bertanggungjawab terhadap taklif syarie yang dipertanggungjawabkan kepada mereka selepas baligh.
 
 
Pin It

Total Visitors : 284282

  • Last Modified : Thursday 23 October 2025, 10:02:32.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY