Pembiayaan Modal PJD Pacu Pembangunan Usahawan Pulau Perhentian

PULAU PERHENTIAN, 17 Julai 2026 – Usaha memperkasa pembangunan sosioekonomi komuniti Pulau Perhentian terus diperkukuhkan apabila seramai 33 peserta Program Jaya Diri (PJD) menerima pembiayaan modal dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Pulau Perhentian, Besut.
Program anjuran Bahagian Sosio Ekonomi YPKT ini memberi fokus kepada pembangunan usahawan komuniti melalui penyediaan pembiayaan yang mampu membantu peserta mengembangkan perniagaan dan menjana sumber pendapatan yang lebih mampan.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Haji Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Masyarakat. Turut hadir ialah YBrs. En. Ahmad Faris bin Abdul Razak, Pengarah YPKT; YB Haji Azbi bin Salleh, ADUN Kuala Besut; dan Nik Zawawi bin Mohd. Nor, Pengerusi JPKK Kampung Pulau Perhentian.
Pemberian pembiayaan modal ini diharapkan menjadi pemangkin kepada peserta untuk membangunkan perusahaan yang lebih berdaya maju, sekali gus menyumbang kepada peningkatan taraf hidup keluarga dan kemakmuran komuniti setempat.
Sebagai penutup program, Bahagian Sosio Ekonomi YPKT turut mengadakan sambutan sederhana sempena ulang tahun kelahiran ke-58 Pengarah YPKT sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam menerajui organisasi.
Pin It

Jumlah Pelawat : 420310

  • Kemaskini Terkini : Khamis 06 Ogos 2026, 11:20:55.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY