Pencalonan untuk Anugerah Keluarga Mithali Peringkat Negeri Terengganu 1446H / 2024M

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah memperkenalkan Anugerah Keluarga Lengkap Mithali bermula pada tahun 2005 hingga sekarang dan Anugerah Keluarga Tunggal Mithali bermula pada tahun 2013 hingga sekarang.

Ia bertujuan untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada tokoh Keluarga Lengkap Mithali dan Keluarga Tunggal Mithali di samping menjadi model dan ikutan kepada masyarakat bagi mewujudkan sebuah keluarga bahagia dan berkualiti.

Tokoh Anugerah Keluarga Mithali Lengkap dan Keluarga Tunggal Mithali akan dinobatkan pada 7 Julai, 2024 (Sabtu) bersamaan 1 Muharram 1446H sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu.

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu mengalu-alukan semua phak untuk mencadangkan calon-calon yang layak untuk dinobatkan sebagai penerima tokoh Keluarga Mithali Lengkap dan Keluarga Tunggal Mithali Peringkat Negeri Terengganu.

Sila layari www.akm.ypkt.gov.my untuk mengisi permohonan secara dalam talian atau

Sila (Klik Disini) untuk memuat turun borang permohonan secara manual.

Sila (Klik Disini) untuk syarat pencalonan keluarga  mithali.

Pin It

Total Visitors : 161799

  • Last Modified : Tuesday 14 May 2024, 08:50:20.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY