MARANG, 19 Mei 2025 – Seramai 99 perantis Akademi Jahitan (AJ) Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan 60 peserta Kelas Jahitan Komuniti (KJK) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) diraikan dalam satu majlis graduasi yang berlangsung di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang hari ini.
Majlis telah dirasmikan oleh YB. Haji Maliaman bin Kassim, ADUN Ajil merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri.
Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Nazri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sektor Program YPKT, dan YBrs. Ts Zulkifli bin Mat Daud, Pengarah JPK Wilayah Timur.