Malay Chinese (Traditional) English
 

KUALA TERENGGANU, 8 November – Pelaksanaan program 'Home Manager' berjaya mencuri tumpuan ramai apabila mendapat permintaan yang menggalakkan termasuk daripada luar negara.

DSC 9005

Ketua Penolong Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Mohd Fauzy Abdul Ghani berkata, statistik penyertaan ahli program Kakitangan Pengurus Kediaman (Home Manager) mencatatkan jumlah penglibatan memberangsangkan iaitu seramai 222 orang setakat Oktober 2020.

Katanya, jumlah tersebut juga mengatasi bilangan pekerja asing (pembantu rumah) iaitu 35 orang manakala bilangan ‘Home Manager’ seramai 231 orang pada tahun 2019, sekali gus membantu golongan miskin, belia-beliawanis dan ibu tunggal dalam meningkatkan taraf hidup juga pendapatan keluarga.

“Permintaan untuk perkhidmatan ‘Home Manager’ melalui kiriman e-mel daripada peminta warga Malaysia yang menetap di luar negara.

“Kita menerima panggilan daripada Dubai dan Brunei untuk mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah, sesuai kerana orang Malaysia yang bekerja di sana memerlukan kepakaran dan tenaga kerja yang memahami budaya sama.

“Walau bagaimanapun, pihak Yayasan masih tidak bersedia lagi dalam menunaikan permintaan tersebut kerana kita hanya memfokuskan di dalam Terengganu sahaja buat masa sekarang,” katanya ketika ditemubual selepas Program Bulan Dakwah 2020 di Dewan Kompleks Ibu Tunggal, Chendering, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor dan Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Terengganu, Nasrul Hadi Saidin.

Mengulas mengenai Program Bulan Dakwah 2020, Zuraida berkata, inisiatif tersebut wajar diteruskan dan diperkembangkan lagi menerusi pelbagai peringkat supaya masyarakat dapat didekatkan dengan ilmu agama khususnya kepada kaum wanita.

“Saya berterima kasih kepada pihak YADIM atas penganjuran ini dengan kerjasama kerajaan negeri yang melibatkan kakitangan ‘Home Manager’ pada hari ini.

“Ini penting kerana ilmu agama berperanan sebagai banteng kepada kaum hawa. Oleh itu, program seperti ini memberi ilmu kepada semua khususnya kepada supaya wanita Terengganu terus dimartabatkan,” ujarnya.

Sumber : TRDI.my

Published in Berita Terkini

117391633 4206997992675062 9194879202966300169 o

KUALA TERENGGANU, 8 Ogos – Kerajaan negeri akan terus memberi sokongan penuh kepada program Kakitangan Pengurus Kediaman (Home Manager) dalam meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata program itu memberi peluang pekerjaan kepada anak negeri dalam meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kadar pengangguran.

Katanya, ini jelas terbukti apabila terdapat unjuran pertambahan dan permintaan terhadap Home Manager dari tahun ke tahun.

“Terdapat lanjutan permintaan yang tinggi untuk menggunakan khidmat Home Manager ini setiap tahun dan ia merupakan satu perkara yang positif.

“Secara tidak langsung dapat menangani masalah kebergantungan kepada pekerja asing dalam kerjaya ini disamping dapat membantu golongan miskin, belia-beliawanis dan ibu tunggal dalam meningkatkan taraf hidup juga pendapatan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kakitangan Pengurus Kediaman (Home Manager) Tahun 2019 di Dewan Bangunan Kompleks Ibu Tunggal, Chendering hari ini.

Seramai lima ‘Home Manager’ menerima anugerah APC yang julung kali diadakan bagi mengiktiraf perkhidmatan serta membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM500.

117145232 4206998276008367 1823799835419678978 o

Dalam majlis yang sama, 18 orang kakitangan ‘Home Manager’ turut menerima Sijil Pelantikan Personal Sistem Dual Nasional (SLDN) sebagai Jurulatih dan Pelatih.

Sementara itu, Zuraida turut melahirkan rasa teruja beliau apabila majoriti peserta ‘Home Manager’ ini sebahagian besarnya adalah wanita.

“Saya cukup teruja dengan program ini apabila pesertanya adalah ibu tunggal yang mana salah satu hasrat saya, mereka ini berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan.

“Jadi saya lihat program ini adalah platform terbaik untuk mereka menambah pendapatan diri dan keluarga,” ujarnya.

Oleh : Mastura Jamal Din | Sumber : TRDI

Published in Berita Terkini
Layouts
Colors