Malay Chinese (Traditional) English
 

Perbincangan Pelaksanaan Semula Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak TASKA PERMATA Keluarga 2021

(0 votes)

9 Mac 2021 (Selasa), Bilik Mesyuarat Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) - Perbincangan Pelaksanaan Semula Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak TASKA PERMATA Keluarga 2021 telah diadakan bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr. Tengku Nadhirah bt Tengku Zainal; Matron Zainab bt Omar dan Rosmaini bt Mustafar daripada Bahagian Kesihatan JKNT.

Alhamdulillah, hasil perbincangan yang positif dan InshaaAllah bermula awal bulan April ini pihak Bahagian Kesihatan Pergigian JKNT akan melaksanakan semula perkhidmatan kesihatan pergigian kepada kanak-kanak di semua 70 buah TASKA PERMATA Keluarga YPKT seluruh negeri dengan mematuhi SOP yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pemberian rawatan hanya meliputi pemeriksaan pergigian, promosi/pendidikan kesihatan pergigian dan juga pencegahan (seperti sapuan fluorida dan pengapan fisur). Tiada sebarang rawatan yang melibatkan prosedur semburan air atau Aerosol Generating Procedure (AGP) dilakukan.

Walau bagaimanapun, surat persetujuan daripada ibubapa juga akan diedarkan ke semua TASKA PERMATA Keluarga YPKT.

157168370 5177834198924765 4255456542913579276 o

Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Pengarah YPKT, YBhg. Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah; Timbalan Pengarah (Program) YPKT, En. Kamarulzaman bin Awang; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Puan Siti Khatijah bt Sapei; Penolong Pengarah Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak, En. Wan Yusmalifalida bin Wan Razali; Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Cik Noridah binti Sauji dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, En. Ahmad Zulhilmi bin Abdul Aziz.

Read 885 times
Layouts
Colors