Malay Chinese (Traditional) English
 

PELANCARAN TAKSA PERMATA KELUARGA PMINT

(0 votes)

169185485 5304381436270040 1036824946995860950 n

1 April 2021 (Khamis), Majlis Perasmian TASKA PERMATA Keluarga PMINT diadakan di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang telah disempurnakan oleh YB Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional merangkap ADUN Chukai.

YPKT dengan kerjasama GCEO Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah menyediakan bangunan, kemudahan dan peralatan TASKA serta Pengarah YPKT menjalankan operasi sehingga perkhidmatan TASKA 0-4 tahun berjaya dibangunkan bermula 1 Mac yang lalu dengan jumlah kanak-kanak seramai 62 orang dengan 9 orang guru. Kerajaan sedar betapa pentingnya untuk menyediakan pendidikan awal yang baik dan berkualiti kepada kanak-kanak sebagai asas kepada pembangunan insan yang mampu melahirkan generasi pelapis berminda kelas pertama. Oleh yang demikian, kerajaan amat menggalakkan semua bangunan syarikat berkaitan kerajaan dapat mengadakan kemudahan seperti ini untuk kakitangan yang bekerja. Sebagai makluman, sebelum ini TAKSA ini beroperasi di bangunan UTC dan kini berpindah ke bangunan PMINT setelah mengambil beberapa pendekatan yang lebih ekonomik disamping ruangan di tempat baharu adalah lebih luas.

168009797 5304381286270055 6922683102850732394 n

TASKA PMINT ini adalah TASKA PERMATA Keluarga yang ke 69 ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui YPKT. Ia merupakan TASKA di tempat kerja yang ke 7 ditubuhkan hasil inisiatif majikan untuk menjaga kebajikan pekerja mereka. Ini adalah salah satu komitmen dan kecaknaan Kerajaan Negeri Terengganu yang menekankan terhadap pembangunan modal insan bermula dengan pendidikan di peringkat awal usia lagi.

Di akhir ucapan YB Haji Hanafiah, beliau berharap agar TASKA PERMATA Keluarga PMINT ini menjadi pemangkin kepada kelahiran modal insan yang berkualiti, cemerlang dan seimbang. Hal ini kerana mereka bakal menjadi syabab dan rijal (pemuda/pemudi hebat) kukuh aqidah dan berkeperibadian mulia, mampu mendepani tuntutan kehidupan dan kepimpinan yang lebih mencabar pada masa hadapan. Itulah anak-anak yang ada di hadapan kita ini yang bakal mewarisi kepimpinan negara suatu hari nanti.

Turut memeriahkan majlis tersebut adalah Y.Bhg. Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO), PMINT, juga Y.Bhg. Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Y.Bhg. Datin Dr. Nur Diana binti Ahmad Takri, isteri kepada YB Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Dalam majlis tersebut juga YB Haji Hanafiah turut menyerahkan watikah pelantikan ibu angkat TASKA kepada Y.Bhg. Datin Dr. Nur Diana serta pelantikan Pengerusi Kelab Ibu Bapa.

Read 426 times
Layouts
Colors