Malay Chinese (Traditional) English
 

Berita Terkini

(0 votes)
1 April 2021 (Khamis), Majlis Perasmian TASKA PERMATA Keluarga PMINT diadakan di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang telah disempurnakan oleh YB Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional merangkap ADUN Chukai. YPKT dengan kerjasama GCEO Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah menyediakan bangunan, kemudahan dan peralatan TASKA serta Pengarah YPKT menjalankan operasi sehingga perkhidmatan TASKA 0-4 tahun berjaya dibangunkan bermula 1 Mac yang lalu dengan jumlah kanak-kanak seramai 62 orang dengan 9 orang guru. Kerajaan sedar betapa pentingnya untuk menyediakan pendidikan awal yang baik dan berkualiti kepada kanak-kanak sebagai asas…
(0 votes)
9 Mac 2021 (Selasa), Bilik Mesyuarat Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) - Perbincangan Pelaksanaan Semula Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak TASKA PERMATA Keluarga 2021 telah diadakan bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr. Tengku Nadhirah bt Tengku Zainal; Matron Zainab bt Omar dan Rosmaini bt Mustafar daripada Bahagian Kesihatan JKNT. Alhamdulillah, hasil perbincangan yang positif dan InshaaAllah bermula awal bulan April ini pihak Bahagian Kesihatan Pergigian JKNT akan melaksanakan semula perkhidmatan kesihatan pergigian kepada kanak-kanak di semua 70 buah TASKA PERMATA Keluarga YPKT seluruh negeri dengan mematuhi SOP yang telah digariskan oleh Kementerian…
(0 votes)
Majlis Perasmian Kelas Jahitan Komuniti (KJK) telah diadakan pada 7 Mac 2021 bertempat di Balairaya Kampung Medan Jaya 1, Marang. Majlis perasmian ini telah disempurnakan Y.A.Bhg. Toh Puan Seri Tuan Faezah binti Tuan Abdul Rahman, isteri kepada Y.A.B. Menteri Besar Terengganu merangkap ADUN Rhu Rendang. Turut hadir dalam majlis ini adalah Y.Bhg. Encik Wahab bin Osman, Pegawai Khas kepada Y.A.B. Menteri Besar Terengganu, Y.Bhg. Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Y.Bhg. Encik Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah (Program) YPKT, Y.Bhg. Tuan Haji Abd. Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti…
Page 1 of 8
Layouts
Colors