Malay Chinese (Traditional) English
 

WalimatulUrus Perdana

OBJEKTIF
  1. Membantu golongan muda memudahkan proses majlis perkahwinan.

  2. Membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.

  3. Memperkasakan institusi keluarga generasi baru melalui pendidikan ilmu kekeluargaan berdasarkan konsep “mawaddah wa rahmah ”.

  4. Untuk meraikan pasangan muda oleh kerajaan.

  5. Merupakan satu bentuk bantuan melaui slogan "Dari Kerajaan Kepada Rakyat" yang diberikan kepada  pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga.
FAEDAH KEPADA PESERTA
  • 1 set persalinan pakaian akad nikah (lelaki & Perempuan)

  • Cenderahati berupa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM 1,000.00

  • Pakej Bulan Madu 3 hari 2 malam.

  • Khidmat jurunikah dan dokumen nikah disediakan.

  • Pakej Set Perkahwinan (Pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
  • Jemputan jamuan khas pengatin (keluarga terdekat) seramai 50 orang.

  • Cenderahati untuk tetamu yang hadir.
KRITERIA PEMILIHAN
  1. Pasangan atau seorang daripadanya adalah rakyat Negeri Terengganu.

  2. Pemohon dan pasangan berumur 18 tahun keatas.

  3. Perkahwinan pertama bagi pasangan.

  4. Tiada rekod jenayah, tiada masalah kesihatan seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.

  5. Pendapatan pemohon dan pasangan adalah RM 3,000.00 kebawah.

  6. Mendapat restu kedua-dua ibubapa.
Read 4925 times Last modified on Tuesday, 10 July 2018 08:40
Layouts
Colors