Malay Chinese (Traditional) English
 

Kursus Pertolongan Cemas dan Pencegahan Keselamatan TASKA Permata Keluarga

(0 votes)

Bahagian Perkembagan Awal Kanak-Kanak telah menganjurkan Kursus Pertolongan Cemas Dan Pengecahan Keselamatan Di Taska (CPR) dengan kerjasama dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kepada 140 orang Pendidik TASKA Permata Keluarga YPKT dari seluruh Negeri Terengganu pada 1 dan 2 April 2019 bertempat di Dewan Utama YPKT. Kursus ini merangkumi dua sesi di mana sesi pagi teori dan sesi petang praktikal.

56325285 1001884446682984 9053149598012407808 o

Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya.

Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruHh terutama bagi mereka yang terlibat dalam bidang pengasuhan kanak-kanak.

55802456 1001884916682937 5802888029672570880 o

Read 266 times Last modified on Wednesday, 15 May 2019 13:17
Layouts
Colors