Malay Chinese (Traditional) English
 

Skim Permata Sejahtera 2019

LATAR BELAKANG
  • Kepesatan pembangunan pendidikan di Negeri Terengganu telah memberi ilham kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk menyediakan tabungan awal kepada setiap kelahiran baharu di negeri ini. Melalui bajet 2015, Y.A.B Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan bahawa setiap bayi yang lahir di negeri ini dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan layak memohon sumbangan ini. Sumbangan yang diberikan dibuat dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
  • Pengagihan ini akan diselaraskan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu setelah dibuat permohonan oleh pihak ibu bapa dan mendapat pengesahan daripada JKKK pemimpin masyarakat.
OBJEKTIF
  • Menggalakkan tabungan pembelajaran bermula dari awal kelahiran.
  • Meraikan kanak-kanak yang dilahirkan di Negeri Terengganu dengan harapan dapat menyumbang perkembangan positif kepada pembangunan negeri selaras dengan kehendak di dalam prinsip kelapan Transformasi Terengganu Baharu iaitu Memperkasakan Pendidikan.
SYARAT-SYARAT
  • Bayi dilahirkan di Negeri Terengganu bermula Januari 2019 hingga Disember 2019
  • Ibu atau Bapa bayi mestilah Rakyat Terengganu yang lahir atau menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.
  • Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan MyKAD Ibu dan Bapa serta MyKID @ Sijil Kelahiran Bayi.
BENTUK SUMBANGAN

Anak Pertama hingga Ke-6 - RM 100

Anak Ke-7 - RM 200

Anak Ke-8 - RM 300

Anak Ke-9 - RM 400

Anak Ke-10 - RM 500

Read 4254 times Last modified on Tuesday, 28 May 2019 08:11
Layouts
Colors