FUNGSI
Merancang dan mengurus program yang menbantu meningkat dan menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh bayi dan kanak-kanak dari segi fizikal, bahasa, sosio-emosi dan kognitif.
Melaksanakan program yang menggalakkan pengembangan kemahiran keibubapaan sebagai asas pembentukan insan berilmu, syumul, seimbang dan cemerlang.
Menyediakan kemudahan TASKA bagi Membantu ibubapa yang bekerja menguruskan penjagaan bayi dan kanak-kanak.
Merancang, mengkaji dan melaksanakan kurikulum dan penambahbaikan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di TASKA.
Melaksanakan program latihan dan pembangunan pendidik TASKA samada untuk keperluan Lembaga atau pengusaha persendirian.
Menjalankan penyelidikan yang bersesuaian dengan fungsi Lembaga ini di dalam pendidikan awal kanak-kanak.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan kepada ibu bapa untuk penjagaan, pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kank bagi meningkat dan menyempurnakan perkembangan menyeluruh kanak-kank di bawah 4 tahun dan TABILAS.
Menyediakan kakitangan/guru terlatih dalam menjalankan aktiviti perkembangan awal kanak-kanak.
Merancang dan menyediakan kurikulum/aktivti yang bersesuaian dengan konsep asuhan dan didikan yang dipersetujui oleh Lembaga.
MEningkatkan kesedaran dan penglibatan ibubapa dalam merangsang perkembangan menyeluruh anak-anak di awal usia.
OPERASI
Menjalankan aktiviti operasi bahagian seperti menyelaras aktiviti dan belanjawan.
Pembukaan TASKA serta operasi.
Menyemak kebajikan guru dan kanak-kanak.
Menyediakan cadangan penempatan guru.
Menyelaras pengambilan kanak-kanak.
Memantau perjalanan kutipan yuran-yuran TASKA.
Menyelaras dan menjalankan aktivti pengoperasian Pengurusan TASKA, Perancangan Pendapatan dan Perbelanjaan Operasi.
Pemantauan kualiti TASKA dan Sumber Manusia.
KURIKULUM, PROGRAM DAN TABILAS
Merancang aktiviti tahunan TASKA.
Melaksanakan kurikulum dan modul PERMATA.
Pelaksanaan program dan aktiviti, membangunkan program NCDC, penilaian PERMATA Q dan Renang.
Pelaksaan Kursus KAP.
Melaksankan perancangan aktiviti TABILAS dan Hafazan.
Merancang, Menyelaras dan Mengendalikan program dan aktiviti TASKA, TABILAS.
Menguruskan perbelanjaan program dan aktiviti TASKA.
BILANGAN TASKA YPKT:
66 Buah TASKA Permata Keluarga mengikut parlimen
Kuala Terengganu
9 buah TASKA
Kuala Nerus
9 buah TASKA
Dungun
10 buah TASKA
Kemaman
7 buah TASKA
Hulu Terengganu
7 buah TASKA
Marang
7 buah TASKA
Besut
10 buah TASKA
Setiu
7 buah TASKA