FUNGSI
Bahagian Pembangunan Komuniti, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bertanggungjawab melaksanakan program-program bagi meningkatkan taraf dan kualiti hidup serta kesejahteraan komuniti setempat dalam usaha membangunkan modal insan diseluruh Negeri Terengganu. Antara fungsi bahagian ini adalah :
- Menggerakkan program kepimpinan komuniti dan pengurusan sosial kepada pemimpin dan penggerak masyarakat di peringkat akar umbi.
- Memperkasakan Ibu Tunggal melalui penubuhan Kelab Ibu Tunggal dan pelaksanaan program-program ekonomi, bimbingan, kesihatan dan pendidikan anak-anak.
- Menggalakkan pembangunan warga emas agar hidup sihat, aktif dan produktif sehingga ke akhir hayat.
- Melahir dan mewujudkan kumpulan sukarelawan dalam komuniti.
UNIT
- Unit Kepimpinan Komuniti
- Unit Kaunseling / Bimbingan
- Unit Ibu Tunggal
- Unit Warga Emas
KOMPONEN PROGRAM
- Program Kepimpinan dan Pengurusan Sosial
- Program Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
- Program Cakna Ibu Tunggal
- Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)