Print this page

Bahagian Pembangunan Keluarga

FUNGSI

Merangka, merancang dan melaksanakan program WalimatulUrus Perdana bagi bakal pasangan golongan muda di seluruh negeri Terengganu.

Menjalankan tugas-tugas keurusetian Majlis Akad Nikah dan Resepsi pasangan baru.

Merangka dan merancang program Pasca Perkahwinan Keluarga Jannah kepada pasangan baru berkahwin di seluruh negeri Terengganu.

Melaksanakan program-program peningkatan kualiti hidup keapda pasangan baru berkahwin.

Merangka merancang dan melaksankan program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon kepada pasangan menghadapi konflik rumahtangga di seluruh negeri Terengganu.

Merangka, merancang dan melaksanakan Program Forum Cakna Keluarga kepada masyarakat di seluruh negeri.

Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan Program Anugerah Keluarga Mithali.

Menyediakan khidmat rundingan dan nasihat program peningkatan pembangunan remaja dan belia.

Menguruskan program bantuan kelahiran negeri Terengganu kepada bayi-bayi yang lahir di negeri Terengganu.

UNIT

  • Unit Pembangunan Keluarga
  • Unit Pembangunan Remaja/Belia
  • Walimah Perdana
  • Bantuan Kelahiran

PROGRAM PEMBANGUNAN KELUARGA

  1. Pasca Perkahwinan "Keluarga Jannah"
    (a) Membentuk Paradigma kasih sayang serta suasana rumahtangga yang lebih kondusif dan dirahmati Allah
    (b) Mendedahkan persekitaran hidup berkeluarga dan apakah cabran yang bakal dihadapi.
    (c) Mendedahkan petua-petua mengukuhkan kebahagiaan dan keharmonian.
    (d) Membina suasana keintiman hubungan suami isteri yang lebih berkesan dan produktif.

  2. WalimatulUrus Perdana
    (a) Membantu golongan muda memudahkan proses perkahwinan
    (b) Membantu meringankan beban ahli keluarga dan meraikan pasangan muda untuk mendirikan rumahtangga.

  3. Program Fityah Terengganu (FATEH) - Taklif
    (a) Memberi kesedaran kepada anak-anak tanggungjawab sebagai khalifah pewaris legasi anak Terengganu.
    (b) Menanam kesedaran kepada anak-anak yang memikul tanggungjawab sepenuhnya dari segi dosa-pahala, halal-haram selepas mencapai umur baligh.

  4. Generasi Islah Falah Terengganu (GIFT) - Peningkatan Potensi Diri "Super Syabab"
    (a) Membangun potensi diri sebagai khalifah dari aspek mental, emosi, fizikal dan sosial secara bersepadu.
    (b) Mewujudkan satu kumpulan sekarelawan yang berketerampilan dikalangan belia dan beliawanis.

  5. Generasi Islah Falah Terengganu (GIFT) - Ingat Sebelum Terkena
    (a) Langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya kes-kes salah laku.
    (b) Memberi panduan dan pendidikan bagi mengelakkan remaja/pelajar tidak mudah tertipu.

  6. Anugerah Keluarga Mithali
    (a) Memberi kesedaran kepada ahli-ahli keluarga (ibubapa dan anak-anak) tentang peranan penting mereka dalam melahirkan generasi dan keluarga yang cemerlang.
    (b) Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada ahli-ahli keluarga yang telah banyak bekorban demi menjana masyarakat cemerlang.

  7. Rehlah Sakinah - Keluarga dan Komuniti
    (a) Meningkat kefahaman dalam kepimpinan masyarakat berkaitan dengan kepimpinan keluarga.
    (b) Memberi pendedahan kepada pemimpin masyarakat dalam aspek ilmu keibubapaan dan penyelesaian dalam komuniti.

  8. Pasca Perkahwinan "2nd Honeymoon"
    (a) Meningkatkan penguasaan ilmu kekeluargaan, pengurusan minda dan emosi serta sikap positif ke arah memantapkan dan meningkatkan hubungan suami isteri.
    (b) Membina keluarga yang utuh, penyayang, bahagia dan sejahtera melalui pengurusan masa dan sumber keluarga yang terancang.

  9. Forum Perdana
    (a) Memberi kesedaran dan motivasi  tentang tanggungjawab/peranan ibubapa yang sebenar bagi mewujudkan sebuah keluarga bahagia.
    (b) Memahami konsep model sebuah keluarga bahagia dan masyarakat penyayang melalui sikap kecaknaan sesama sendiri.
Read 4899 times Last modified on Thursday, 04 April 2019 15:17