• User Increase
  • User Reset
  • User Decrease
  • Auto
  • Wide
  • Narrow

Logo

You are here: Rakyat Arrow Program Arrow Bantuan Kemiskinan

Mutiara Kata

Mutiara Kata1

 

Program Bantuan Kemiskinan

EmailButton PrintButton Pdf Button
LATAR BELAKANG

Secara umumnya matlamat Program Pembasmian Kemiskinan adalah untuk mengurangkan insiden (peratusan) kemiskinan mutlak dikalangan rakyat serta menyediakan persekitaran hidup yang lebih sejahtera, sihat dan selamat kepada golongan sasar menerusi penyediaan peluang-peluang peningkatan pendapatan dan pekerjaan serta peningkatan aksesibiliti kepada pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas.  Program ini mensasarkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan kepada 2.8% dan sifar miskin tegar menjelang 2010.

Mulai tahun 2006, YPKT telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan  Negeri Terengganu untuk melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan bagi seluruh negeri Terengganu melalui peruntukan Pembasmian Kemiskinan RMK-9 (2006-2010) sebanyak RM25 juta.

Peserta adalah terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam kategori miskin dan miskin tegar didalam data E-Kasih (ICU) serta berdaya maju untuk mengusahakan projek yang berasaskan kepada makanan, kemahiran dan perkhidmatan.

Program Pembasmian Kemiskinan ini terdiri daripada bantuan modal / peralatan serta kursus persediaan / pra pelaksanaan kepada peserta yang terpilih.

OBJEKTIF
  • Menggalakkan rakyat miskin menyertai Program Pembangunan Diri.
  • Memberi suntikan minda secara menyeluruh kepada golongan sasar.
  • Membangkitkan kesedaran dan keupayaan diri seseorang individu terbabit dalam membantu diri sendiri keluar dari kepompong kemiskinan.
  • Menyediakan peluang untuk meningkatkan ekonomi kepada golongan sasar.
  • Menyalurkan bantuan modal/ peralatan kepada peserta
KURSUS/AKTIVITI TERLIBAT
Bil Kursus/Aktiviti Objektif Sinopsis Program Kumpulan Sasar Tempoh Program
1 Bantuan Modal / Peralatan Menyediakan peluang kepada golongan sasar untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup. Menyalurkan bantuan modal / peralatan kepada peserta. Data e-Kasih
2 Program Latihan Usahawan Lasak Melahirkan peserta yang bermotivasi, berkemahiran serta berdaya juang. Program ini akan melatih peserta mengenalpasti peluang-peluang perniagaan dan  Mecungkil potensi  keusahawanan dalam diri peserta.  Pihak yang akan didedahkan dengan kemahiran/       pengetahuan asas dalam menjalankan perniagaan. Peserta PPP 3 Hari 2 Malam
3 Program Kemahiran Masakan Melahirkan peserta yang lebih berkemahiran dalam perniagaan yang dilaksanakan. Program akan mendedahkan peserta dengan  teknik pemasaran, Pengurusan kos serta kemahiran masakan. Peserta PPP 3 Hari 2 Malam
4 Program Kemahiran Perniagaan Melahirkan peserta yang lebih berkemahiran dalam perniagaan yang dilaksanakan. Program akan mendedahkan peserta dengan  teknik pemasaran, Pengurusan kos serta kemahiran masakan. Peserta PPP 3 Hari 2 Malam
5 Dialog

Merapatkan hubungan antara rakyat dan pemimpin. Mengenalpasti isu-isu yang memerlukan penyelesaian.

Program akan memberi peluang peserta berinteraksi dengan pemimpin serta mengutarakan masaalah yang berkaitan Peserta PPP 1/2 Hari

MygovMampuMscEkasih1malaysiaJpaMysmsMyidTerengganugov

Slide Button