• User Increase
  • User Reset
  • User Decrease
  • Auto
  • Wide
  • Narrow

Logo5

You are here: Rakyat Arrow Perkhidmatan TASKA YPKT Arrow Kenali TASKA

Kenali TASKA

EmailButton PrintButton Pdf Button

LATAR BELAKANG

TASKA Permata Keluarga, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu adalah Pusat Perkembangan Awal Kanak-Kanak di bawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu untuk memberi perkhidmatan pengasuhan, pendidikan serta penjagaan bayi dan kanak-kanak bagi membantu keluarga yang menghadapi masalah penjagaan anak-anak khasnya yang bekerja.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, aktiviti TASKA dirancang bagi memenuhi perkembangan secara menyeluruh iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif serta sosio emosi tanpa mengabaikan perkembangan nilai-nilai murni serta perkembangan sosial kanak-kanak. Di TASKA kanak-kanak dilatih untuk memperolehi nilai kendiri yang positif serta dapat bergaul dalam berbagai status masyarakat.

Konsep bermain sambil belajar yang diterapkan dalam aktiviti di TASKA   membolehkan kanak-kanak meneroka bagi membentuk pengalaman baru mengikut kebolehan, kemampuan, minat dan kesediaannya.

Aktiviti TASKA adalah berdasarkan perkembangan yang hendak di fokuskan  dengan bantuan persekitaran yang kondusif dan mesra kanak-kanak.

Di TASKA, amalan melentur buluh dari rebungnya diamalkan terutamanya dalam menerapkan adat dan tatasusila serta berdisiplin di kalangan kanak-kanak.

Pada masa ini, Lembaga ini sedang mengendalikan 67 buah TASKA di seluruh negeri Terengganu dengan pembiayaan kerajaan negeri Terengganu. Kedudukan TASKA tersebut mengikut parlimen adalah seperti berikut  :-

Parlimen Bilangan TASKA
Kemaman 7 buah
Dungun 10 buah
Hulu Terengganu 7 buah
Marang 7 buah
K. Terengganu 9 buah
K. Nerus 9 buah
Setiu 7 buah
Besut 9 buah

OBJEKTIF

  • Meningkat dan menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh bayi dan kanak-kanak dari segi fizikal, bahasa, sosio-emosi dan kognitif.
  • Menyediakan asas pembentukan insan berilmu, syumul, seimbang dan cemerlang.
  • Membantu ibubapa miskin yang bekerja menguruskan penjagaan bayi dan kanak-kanak.

KAEDAH PEMBELAJARAN & KURIKULUM TASKA

TASKA YPKT menggunakan kurikulum bersepadu dan berpandukan dengan kurikulum semasa kebangsaan. Garis panduan kurikulum yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Program PERMATA Negara telah digunakan bagi memantapkan aktiviti pembelajaran di TASKA.

MygovMampuMscEkasih1malaysiaJpaMysmsMyidTerengganugov

Slide Button