Malay Chinese (Traditional) English
 

Keluarga Generasi TTB: Program Perkahwinan Perdana Tahun 2017

PENGENALAN
  1. Program ini adalah program siri kedua akan dilaksanakan setelah kejayaan pelaksanaan kali pertama pada 2016 yang melibatkan 217 pasangan dari seluruh Negeri Terengganu.

  2. Program “Keluarga Generasi  TTB: Perkahwinan Perdana” merupakan satu inisiatif usaha kerajaan negeri dalam membentuk Keluarga Generasi TTB Negeri Terengganu bertepatan dengan Prinsip ke 3 Transformasi Terengganu Baharu “Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera”.

  3. Setiap pasangan yang terpilih akan diraikan dalam satu majlis khas bermula dengan majlis akad nikah hingga ke majlis resepsi.

  4. Setiap pasangan akan mengikuti program-program yang akan diatur bagi mengukuh dan memantapkan lagi hubungan suami isteri bagi membina bahtera perkahwinan yang diinginkan.
OBJEKTIF
  1. Membantu golongan muda memudahkan untuk melaksanakan majlis perkahwinan.

  2. Membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.

  3. Memperkasakan institusi keluarga generasi baru melalui pendidikan ilmu kekeluargaan berdasarkan konsep “mawaddah wa rahmah ”.

  4. Untuk meraikan pasangan muda oleh kerajaan.
KUMPULAN SASAR
  1. Pasangan muda keutamaan kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 35 tahun yang merupakan rakyat Negeri Terengganu yang bakal mendirikan rumahtangga dan berkemampuan dari segi :-
    MENTAL iaitu kefahaman tentang tanggungjawab sebagai suami, isteri dan mampu memikul tugas sebagai ibu dan bapa.
    KEWANGAN bermaksud ada sumber pendapatan sendiri (bekerja) atau ada bantuan kewangan.

  2. Sekurang-kurangnya 640 pasangan akan mendapat manfaat bagi tahun 2017, di mana seramai 80 pasangan akan dipilih bagi setiap daerah.
MANFAAT KEPADA PESERTA
  1. Sijil Simpanan Premium RM 1,000.00 setiap pasangan.

  2. Pakej Bulan Madu 3 hari 2 malam.

  3. Jemputan jamuan khas pengantin (keluarga terdekat) serama 50 orang setiap pasangan.

  4. Dicadangkan untuk mendapat perumahan yang disediakan oleh kerajaan dalam tempoh 5 tahun usia perkahwinan jika memenuhi syarat.

  5. Skim Pinjaman Modal Perniagaan di bawah Skim Pinjaman Jaya Diri (PJD) maksima RM 20,000.00 kepada yang berminat dan layak.
SYARAT-SYARAT
  1. Pemohon/pasangan salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu. (Pemastautin tetap melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daripada Wakil Rakyat / Penghulu Kampung / Ketua Kampung)

  2. Pemohon dan pasangan berumur 18 – 35 tahun.

  3. Perkahwinan adalah kali pertama.

  4. Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.

  5. Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM3,000.00 ke bawah.

  6. Pendapatan ibubapa pemohon dan pasangan adalah RM5,000.00 ke bawah.

  7. Mendapat restu kedua-dua ibubapa.

  8. Lulus kursus Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.

  9. Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1,000.00 bagi setiap pasangan pengantin  sebagai komitmen penyertaan.

  10. Pemohon dan pasangan  bersetuju untuk bernikah pada 16 September, 2017 (Sabtu)  dan  majlis  akad nikah beramai-ramai  akan diuruskan  oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

  11. Permohonan  yang  layak  akan dipanggil ke sesi  temuduga pemilihan.

  12. Keputusan pemilihan tertakluk kepada Panel  Jawatankuasa  Pemilih  yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.

  13. Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup penyertaan,  maka permohonan tuan/puan dianggap  tidak  berjaya.
Read 2796 times Last modified on Sunday, 21 May 2017 16:31
Layouts
Colors