Malay Chinese (Traditional) English
 

Pasca Perkahwinan (Kemahiran & Pendidikan Keluarga)

Latar Belakang
  • Satu program pengurusan kasih sayang dan pemantapan keluarga melalui hubungan intim suami isteri. Program pendidikan dan panduan kekeluargaan berbentuk bengkel, simulasi, ceramah interaktif dan sesi soal jawab.
OBJEKTIF
  • Memberi kesedaran / motivasi tentang tanggungjawab / peranan ibubapa yang sebenar bagi mewujudkan sebuah keluarga bahagia.
  • Memberi pendedahan teknik dan kemahiran keibubapaan dalam menguruskan soal-soal kehidupan rumahtangga.
  • Meningkatkan dan memantapkan institusi keluarga ke arah menyumbang pencapaian yang cemerlang dalam pembangunan masyarakat dan negara.
SINOPSIS PROGRAM
  • Program kemahiran keibubapaan adalah merupakan satu program teras kepada bahagian pembangunan keluarga bagi mewujudkan sebuah institusi keluarga yang cemerlang dan bahagia. Ibubapa terlebih dahulu perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka selaku ketua dan pemimpin keluarga. Pelbagai program dan aktiviti disedia dan direkabentuk dalam bentuk kursus, seminar, forum perdana dan dialog keluarga kepada kumpulan sasar terlibat.
KUMPULAN SASAR
  • Pasangan yang usia perkahwinan bawah 5 tahun
TEMPOH PROGRAM
  • 1 Hari
Read 3508 times Last modified on Wednesday, 19 August 2015 12:13
Layouts
Colors