Malay Chinese (Traditional) English
 

Terengganu lepasi sasaran Angkat Berat Kebangsaan, kutip 11 emas keseluruhan

(0 votes)

Kuala Nerus – Kontinjen Terengganu berjaya melepasi sasaran 9 pingat emas yang diletakkan oleh Persatuan Bina Badan & Angkat Berat negeri pada Kejohaan Angkat Berat Kebangsaan 2017 yang berakhir hari ini.

DSC_7982_-_Copy.jpg

Presiden Persatuan Bina Badan & Angkat Berat Terengganu, Mohd Sharafuddin Mustaffa, berkata setakat ini kontinjen tuan rumah telah berjaya mengutip 11 pingat emas, 14 perak dan 4 gangsa. 

“Ini adalah pencapaian terbaik atlet angkat berat Terenganu dalam kejohanan peringkat kebangsaan.

“Bukan itu sahaja, jumlah penyertaan atlet remaja juga bertambah melepasi sasaran awal yang ditetapkan oleh pihak persatuan,” katanya selepas menyampaikan pingat kepada pemenang kategori 94kg Remaja dan Terbuka di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini hari ini.

Melihat kepada kejayaan positif para atlet, Mohd Sharafuddin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan kejohanan seumpama itu pada tahun hadapan

“Kejohahan ini akan diteruskan dalam usaha untuk meningkatkan potensi atlet ke tahap yang lebih tinggi dan sasaran kita ialah mencipta kejayaan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 nanti”, katanya.

Secara kesuluruhan, Terengganu kini berada di tempat kedua di belakang Majlis Sukan Negara yang sehingga kini memungut 24 emas, 8 perak dan 13 gangsa.

Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Terengganu 2017 berlangsung selama tiga hari di Stadium Tertutup Gong Badak di sini bermula 18 Mac dan berakhir hari ini.

Asal: https://terengganutimes.com/angkat-berat-kebangsaan-terengganu-lepasi-sasaran-kutip-11-emas-keseluruhan

Read 156 times

K2 Search

K2 User

Layouts
Colors