Malay Chinese (Traditional) English
 

Program “Keluarga Generasi TTB: Perkahwinan Perdana 2016”

(2 votes)

IMG 0634

Program ini merupakan satu inisiatif kerajaan negeri dalam membentuk Keluarga Generasi TTB Negeri Terengganu bertepatan dengan Prinsip Ke 3 – Transformasi Terengganu Baharu “Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera” yang telah diumumkan oleh YAB Haji Ahma Razif Bin Abdul Rahman selaku Menteri Besar Terengganu di dalam ucapan Bajet 2016 yang lalu.

Intipati centusan idea yang dizahirkan oleh YAB Menteri Besar Terengganu itu adalah bagi menangani beberapa isu dan permasalahan yang timbul di kalangan generasi muda di dalam Negeri Terengganu itu sendiri seperti :

  • Budaya kahwin lewat
  • Kos urusan perkahwinan yang tinggi
  • Tahap kesuburan yang menurun akibat factor kahwin lewat
  • Meningkat bilangan rakyat di Negeri Terengganu
  • Mengurangkan indeks gejala social

Dengan melihat kepada isu dan permasalahan tersebut itulah, maka, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang merupakan salah sebuah institusi Badan Berkanun Kerajaan Negeri telah menyahut seruan dan menggalas harapan murni Kerajaan Negeri bagi merealisasikan suatu program yang diharapkan akan dapat mengubah isu serta permasalahan tersebut.

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu merupakan sebuah institusi yang tidak asing lagi di Terengganu dan tidak pernah lekang dengan idea dan usaha di dalam pembinaan modal insan dengan pengkhususan dan prioroti diberikan kepada institusi yang bernama keluarga di Negeri Terengganu.

Demi untuk menjayakan program yang dicadangkan untuk dibuat secara serentak di seluruh Negeri Terengganu yang akan melibatkan 8 buah daerah, suatu kolaborasi telah dibuat oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) bersama pejabat-pejabat Daerah, Pejabat Agama dan pihak berkuasa tempatan.

Bagi menjadi peserta kepada program yang bakal diadakan secara serentak di seluruh daerah di dalam Negeri Terengganu ini, beberapa kriteria pemilihan telah ditetapkan iaitu :-

  • Pasangan atau salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu. Pemastautian tetap yang melebihi 10 tahun, hendaklah mendapat pengesahan mastautin daripada Wakil Rakyat / Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
  • Perkahwinan adalah kali pertama.
  • Tiada rekod jenayah dan tiada masalahkesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.
  • Mendapat restu kedua-dua ibubapa.
  • Pendapatan pasangan RM 3,000.00 ke bawah.
  • Lulus kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) atau agensi yang diiktiraf oleh kerajaan.

Setelah permohonan dibuka kepada orang ramai, tapisan terperinci telah dibuat dan temuduga telah diadakan di seluruh daerah, seramai 217 pasangan telah Berjaya di dalam saringan tersebut.

 

1

 

Setelah calon telah dikenalpasti, pihak Jawatankuasa Induk program telah menetapkan 2 tarikh keramat yang bakal menjadi tarikh penting kepada semua bakal pasangan dan mempelai pilihan.

DSC 0579

DSC 0587

DSCN2925

DSCN2984

DSCN2996

Majlis Akad Nikah akan diadakan pada 14hb. Mei 2016 manakala Majlis Resepsi akan diadakan pada 22hb. Mei 2016.

 

2

 

002

003

004

005

006

007

008

 

3

 

DSC 2666

IMG 0487

IMG 0543

IMG 0552

IMG 0555

IMG 0580

IMG 0583

IMG 0615

IMG 0618

IMG 0621

Harapan daripada Kerajaan Negeri melalui program seumpama ini adalah :-

  • Membantu golongan muda mempercepatkan proses perkahwinan tanpa ada halangan yang boleh membantutkan hasrat mereka.
  • Membantu meringankan bebanan pasangan muda dan ahli keluarga mereka yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan.
  • Mendokong hasrat berterusan kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup berkeluarga rakyat Terengganu di samping menangani masalah kurang kesuburan kerana lewat berkahwin.
  • Memperkasakan institusi keluarga generasi baru melalui penerapaan ilmu kekeluargaan, sifat kebertanggungjawaban dan hubungan kasih sayng kea rah mewujudkan sikap kecaknaan berterusan kepada keperluan dan kehendak pasangan berdasarkan konsep “mawaddah warrahmah”.
  • Mengurangkan risiko keluarga berhutang.
  • Penghargaan kepada golongan muda.

Setiap pasangan yang terlibat juga akan menerima :-

  • 1 set persalinan pakaian perkahwinan.
  • Cenderahati berbentuk Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,000.00
  • Khidmat jurugambar
  • Pakej bulan madu (Program 1st Honeymoon)
  • Dukumen nikah
  • Khidmat jurunikah
  • Jamuan untuk 50 orang setiap pasangan
  • Set pelamin, Andaman Pengatin, Kek Kahwin, Kad Jemputan
  • Tawaran Pinjaman Jaya Diri (PJD) oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu kepada yang layak dan memerlukan
  • Keutamaan untuk memohon rumah mampu milik
Read 2585 times Last modified on Wednesday, 11 October 2017 09:10
Layouts
Colors