Malay Chinese (Traditional) English
 

Program Kecemerlangan Sahsiah Anak Ahli Kelab Ibu Tunggal Siri 1/2017 Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

(0 votes)

DSC_8182.jpg

Pada 22 dan 23 Mac 2017 - Anggulia Beach Resort, Marang. Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan Program Kecemerlangan Sahsiah kepada Anak Ahli Ibu Tunggal YPKT yang akan menduduki peperiksaan tingkatan 3 dan tingkatan 5 dari lapan parlimen Negeri Terengganu. Pembinaan sahsiah dan disiplin merupakan elemen terpenting untuk kejayaan setiap pelajar. Pendedahan kepada pelajar bahawa setiap daripada mereka adalah pemimpin samaada memimpin orang lain ataupun memimpin diri sendiri terutamanya sebagai anak ibu tunggal amat penting dipupuk bagi meningkatakan kefahaman dan keperihatinan mereka terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Objektif program ini adalah bagi memantapkan sahsiah pelajar dalam mengharungi cabaran sebagai pelajar dan anak dari keluarga tunggal. Memberi pendedahan kepada peserta  bahawa kecemerlangan sahsiah bergerak seiring  dengan kecemerlangan akademik dan membimbing  pelajar mengatasi halangan-halangan utama dalam mengejar kejayaan dalam kehidupan.

Penceramah jemputan khas untuk mengendali program ini selama satu hari pada 22 Mac adalah Ustaz Wan Anuar bin Wan Mamat, Pensyarah dari UITM Dungun. Manakala pada 23 Mac dikendali oleh Tuan Haji Abd Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Keluarga YPKT diikuti majlis penutup dan penyampaian sijil kepada anak-anak ibu tunggal.

DSC_8084.jpg

DSC_8247.jpg

DSC_8132.jpg

DSC_8239.jpg

Read 351 times Last modified on Tuesday, 04 April 2017 09:08

K2 Search

K2 User

Layouts
Colors