Print this page

Program Fityah Terengganu (FATEH) - TAKLIF di SMK Sultan Ismail 2, Kemaman

(0 votes)

57062178 1546848555448852 6646410922183098368 o

15 April 2019 (Isnin) telah berlangsungnya Program Fityah Terengganu (FATEH) - Taklif buat kali pertamanya bagi tahun 2019. Program ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2, Kemaman yang dikendalikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga YPKT, Tuan Haji Ghafar bin Mamat.

Taklif adalah program yang memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan tanggungjawab dalam membimbing anak-anak dalam menempuh cabaran hidup dan juga menanam kesedaran kepada anak-anak untuk memikul tanggungjawab sepenuhnya dari segi dosa-pahala, halal haram selepas mencapai umur akhil baligh.

57133912 1546847198782321 2193110704788078592 o

Turut hadir sama dalam program ini; Pegawai Kawasan YPK Kemaman, En. Wan Zakaria bin Wan Mamat.

Terima kasih kepada pihak SMK Sultan Ismail 2 yang telah membantu Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dalam menjayakan Program Taklif ini.

Read 571 times Last modified on Sunday, 02 June 2019 16:00