29 April 2019, satu Program Diskusi Keibubapaan Cemerlang 2019 Peringkat Kuala Nerus telah diadakan di Dewan Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu.
Program Diskusi Keibubapaan Cemerlang ini adalah sebagai wadah untuk ibubapa berkongsi ilmu keibubapaan ini. Panel-panel diskusi ini terdiri daripada kalangan ibubapa TASKA Permata Keluarga itu sendiri yang mempunyai ilmu dan kemahiran dari pelbagai bidang seperti perubatan, keagamaan, pendidikan, kekeluargaan, motivasi / kaunselor dan sebagainya
Antara moderator dan panel-panel adalah selaku moderator, En. Abdul Manaf bin Ahmad daripada Pusat Pengajian Sains Marin & Sekitaran UMT dan 3 ahli panel; En. Nazri bin Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak YPKT; Dr. Mohd Kamil Izzat bin Mohamad daripada Klinik Perubatan Hijraq, Kuala Nerus dan En. Omar bin Adam daripada MRSM Imtiaz Yayasan Terengganu Ketengah.
Skop perbincangan adalah menekankan kepada aspek Peningkatan Potensi Diri Kanak-kanak seawal usia bawah 4 tahun. Ianya merangkumi Pendekatan Kurikulum TASKA PERMATA Keluarga YPKT, Penyediaan persekitaran yang bersesuaian dalam usaha mengasah bakat, minat dan kreativiti mereka, amalan-amalan kesihatan dan Cabaran Teknologi masakini dalam menangani masalah gagjet di kalangan kanak-kanak serta pembinaan keluarga yang cemerlang sebagai Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku).