Malay Chinese (Traditional) English
 

Pertandingan "STORY TELLING" Kanak-kanak TASKA PERMATA Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2015

(0 votes)

12 September 2015 - Bertempat di Dewan Perdana Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu telah berlangsungnya Pertandingan "Story Telling" TASKA PERMATA Keluarga peringkat Negeri Terengganu.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri. Sebanyak 16 penyertaan daripada 8 parlimen yang melibatkan seramai 114 orang kanak-kanak TASKA PERMATA Keluarga (TPK) telah menyertai pertandingan ini.

Turut hadir YBhg. En. Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) serta pegawai-pegawai YPKT.

Sebanyak 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Bahasa Melayu sebanyak 4 penyertaan dan Kategori Bahasa Inggeris sebanyak 12 penyertaan.

Juara bagi Kategori Bahasa Melayu jatuh kepada TASKA PERMATA Kelurga Permint Perdana manakala bagi Kategori Bahasa Inggeris, juara jatuh kepada TASKA PERMATA Keluarga Durian Burung.

YPKT ingin merakamkan berbanyak terima kasih diatas segala kerjasama yang telah diberikan oleh semua semua para pendidik TASKA PERMATA Keluarga YPKT serta para Ibu Bapa yang turut sama hadir untuk memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak yang terlibat.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua.

Read 1605 times Last modified on Tuesday, 15 September 2015 08:36
Layouts
Colors