Malay Chinese (Traditional) English
 
Arkib Berita

Arkib Berita (175)

DSC 0362

Pada 27 Januari 2016 telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Pinjaman Modal Program Jaya Diri (PJD) bertempat di Dewan Utama YPKT. Majlis penyampaian tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Hj. Muhammad Pehimi bin Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah YPKT, Y.Bhg Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, En. Mohd Ashri bin Mohd Zain, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi, Puan Hjh. Ramlah binti Idris, Timbalan Pengarah II Bahagian Program dan pegawai-pegawai YPKT.

Seramai 126 peserta PJD yang hadir menerima cek pinjaman modal berjumlah RM 975,000 dan diantara harapan pihak Kerajaan Negeri didalam melaksanakan program seumpama ini adalah untuk mengatasi masalah kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan antara masyarakat. Program ini juga dapat memberi peluang pekerjaan melalui bidang perniagaan bagi mengembang dan mengukuhkan budaya berniaga serta melaksanakan ekonomi institusi kekeluargaan itu sendiri.

 DSC 0184 DSC 0151

DSC 0202

DSC 0343

DSC 9739

18 Januari 2016 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah menerima kunjungan seramai 40 orang kakitangan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diketuai oleh Pn. Salwana bt. Ahmad Dahlan, Ketua Penolong Pengarah JAIS Bahagian Undang-Undang Keluarga.

Antara lain, lawatan JAIS ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih jelas berkenaan dengan salah satu program utama YPKT iaitu Program 2nd Honeymoon yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Keluarga. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga YPKT, Tuan Hj. Mohd Fauzy bin Abd. Ghani.

Majlis ini juga telah diserikan dengan kehadiran Y.Bhg. En mohd Shafaruddin bin Mustaffa selaku Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang telah berkenan untuk memberi sedikit ucapan alu-aluan kepada rombongan tersebut.

 DSC 9686 

DSC 9706

 DSC 9714 

DSC 9734

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu memulakan tahun 2016 dengan suatu majlis yang sangat bermakna kepada semua kakitangan iaitu Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah.

Didalam majlis yang sangat bermakna ini Y.Bhg. Tuan Pengarah telah memberikan kata-kata peransang dan amanat beliau kepada semua kakitangan bagi menghadapi tahun 2016.

Diantara intipati ucapan beliau adalah semoga semua kakitangan dapat meneruskan usaha didalam memberikan perkhidmatan dan mutu kerja bagi memastikan segala halatuju dan perancangan yang telah dibuat dapat dicapai dengan baik.

Pada masa yang sama Y.Bhg Tuan Pengarah juga turut berpesan agar setiap bahagian dapat mengamalkan sikap pembelanjaan berhemah agar pembaziran dapat dikurangkan.

Majlis yang bermakna ini turut dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan YPKT yang berjumlah hampir 200 orang.

DSC 9537DSC 9531

DSC 9540DSC 9524

26 Desember 2015, DUN Pengkalan Berangan telah meraikan Majlis Resepsi Walimah Perdana 1Terengganu bertempat di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Bukit Parit, Marang.

Majlis dirasmikan oleh YB. A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri merangkap Adun Pengkalan Berangan bersama isteri serta Y.Bhg. En. Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang turut hadir bersama isteri bagi memeriahkan majlis yang meraikan seramai 68 pasangan di mana setiap pasangan menerima hadiah berupa Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM200 sebagai peringatan detik bersejarah dalam kehidupan mereka.

DSC 9220

Di antara objektif Program Resepsi Walimah Perdana 1Terengganu ini diadakan adalah memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada keluarga muda di samping mengembangkan syiar Islam melalui amalan meraikan pasangan baru berkahwin.

Mendorong masyarakat supaya meninggalkan gaya hidup yang tidak sihat dan memilih untuk mendirikan rumahtangga melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Mendorongkan hasrat berterusan kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup berkeluarga rakyat Terengganu di samping menangani masalah penceraian di awal usia perkahwinan.

Memperkasakan institusi Keluarga generasi baru melalui penerapan ilmu kekeluargaan, sifat kebertanggungjawab dan hubungan kasih sayang kearah mewujudkan sikap kecaknaan berterusan kepada keperluan dan kehendak pasangan berdasarkan konsep “mawaddah wa rahmah”.

DSC 9437
YB. A. Latiff bin Awang menampung tangan pasangan yang diraikan.

DSC 9486

DSC 9468

DSC 9496

DSC 9522

P1

Program Karnival Pesona Terengganu merupakan suatu idea atau buah fikiran yang telah dizahirkan oleh YAB Dato' Seri Ahmad Razif bin Abdul Rahman selaku Menteri Besar Terengganu dan di antara harapan beliau bagi program ini adalah agar menerusi platform itu akan dapat mendedahkan perkembangan pembangunan infrastruktur dan modal insan di negeri Terengganu, di samping diharapkan dapat meningkatkan peluang bagi mengembangkan kegiatan ekonomi rakyat dan merangsang kemasukan pelabur.

Pelbagai pengisian disediakan menerusi tujuh segmen yang ditampilkan iaitu:-

- Keusahawanan
- Pelancongan
- Pendidikan dan Sains
- Ekonomi dan Pelaburan
- Kebudayaan dan Kesinian
- Pertanian
- Sumber Manusia dan Sukan

Bagi merialisasikan hasrat ini, semua agensi Kerajaan adalah diwajibkan untuk menyertai program ini. Setiap agensi diarahkan untuk mengetengahkan produk / pencapaian jabatan yang boleh dibanggakan dan dipamerkan didalam bentuk interaktif atau maklumat di dalam bentuk video.

Pameran yang berlangsung selama empat hari yang bermula daripada 29hb. Oktober 2015 dan berakhir pada 1hb. November 2015 tersebut telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

YPKT melaui Unit Inovasi (Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Perhubungan Awam) telah turut sama terlibat secara langsung di dalam pameran tersebut dengan mengetengah tiga (3) program utama Jabatan iaitu

- Program Home Manager
- Pembimbing Ibu Tunggal
- Urut Terapi

P2

Sepanjang 4 hari Program berlangsung, Booth Pameran YPKT turut diserikan dengan kehadiran dan lawatan daripada kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nurzahirah, Sultanah Terengganu yang telah berkenan mencemar duli singgah ke Booth Pameran YPKT dan menurunkan tandatangan beliau di dalam buku lawatan YPKT. Semua warga YPKT Merafak sembah dan menjunjung kasih di atas kesudian kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu.

Majlis Iftar YPKT 1436H

 

2 Julai 2015 bersamaan 15 Ramadhan 1436, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempatkan di YPKT. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Pengarah YPKT, Yang Bahagia En. Mohd Shafaruddin Bin Mustaffa, Penolong Pengarah, Pegawai-pegawai Tertinggi serta Kakitangan YPKT dan Guru-guru Taska Permata Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg Pengarah En.Mohd Shafaruddin Bin Mustaffa dan disusuli oleh Tazkirah Ramadhan serta bacaan doa telah disampaikan oleh Ustaz Riduan Bin Sulong. Dianggarkan seramai 200 orang kakitangan berserta ahli keluarga masing-masing telah hadir pada majlis berkenaan. Majlis Iftar YPKT ini merupakan diantara program tahunan yang dianjurkan oleh pihak YPKT dalam menghargai sumbangan kakitangan serta merapatkan hubungan silaturahim antara kakitangan.

 







Ucapan YBhg. Pengarah YPKT

KUALA TERENGGANU, 15 Mac (Bernama) -- Kejayaan program perintis Pengurus Kediaman siri pertama yang dikelola Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) terus mendapat sambutan dalam kalangan rakyat negeri ini apabila 15 pesertanya telah pun bekerja mulai Feb lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata apa yang lebih membanggakan apabila sehingga kini, sudah terdapat 16 majikan sedang menunggu khidmat program itu bagi siri yang kedua.

"Alhamdulillah, nampaknya program ini berjalan lancar seperti yang dirancang dan YPKT kini sedang membuka iklan untuk pengambilan peserta untuk siri kedua dan temuduga pengambilan seterusnya dibuat sepanjang Mac ini dengan diperluas ke setiap daerah di negeri ini.

Ini merupakan perkembangan yang positif kerana selain menangani masalah kebergantungan kepada pekerja asing, matlamat kerajaan antara lainnya adalah untuk membantu masyarakat mendapatkan pembantu rumah orang tempatan selain menyediakan pekerjaan kepada golongan wanita seperti ibu tunggal," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.

Setakat ini, 15 daripada 20 peserta siri pertama telah berada bersama majikan masing-masing, manakala bakinya akan diambil bekerja sebelum akhir bulan ini.

Muhammad Pehimi berkata, kerajaan negeri telah memperuntuk sejumlah RM1 juta kepada anak syarikat YPKT iaitu Permodalan YPK Sdn Bhd, untuk menjayakan kursus kemahiran itu secara teori dan praktikal.

"Dari peruntukan itu, peserta juga disediakan dengan kemudahan pinjaman kenderaan, insuran, simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, Socso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan uniform dengan gaji permulaan sebanyak RM900.

Beberapa modul yang sesuai turut dirangka bagi meningkatkan lagi keberkesanan program termasuk menambah kandungan modul, memanjangkan tempoh latihan, memberi elaun kepada peserta, kaedah pemilihan peserta dan yang paling utama ialah mewujudkan agensi pengurusan peserta selepas tamat latihan," katanya.

Selepas menamatkan latihan, peserta program akan diserapkan di dalam kerjaya seperti pengurus kediaman, pembantu kediaman, penjaga kanak-kanak, pekerja landskap, pekerja hotel atau inap desa serta pembekalan pekerja kepada kontraktor pembersihan pejabat, katanya.

-- BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 15 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri akan meraikan pasangan pengantin yang berkahwin tahun lalu dan masih kekal sebagai suami isteri menerusi Majlis Resepsi Walimah Perdana 1Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata mereka juga akan diberikan Sijil Simpanan Pendidikan Nasional bernilai RM200 dalam akaun bersama.

"Program ini bertujuan menghargai kejayaan suami isteri baharu ini mengekalkan kerukunan rumah tangga mereka selepas enam bulan bernikah dan berharap ia akan berkekalan seterusnya mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan di kalangan rakyat Terengganu.

"Ini kerana berdasarkan rekod tahun 2014, sebanyak 125 kes perceraian berlaku antara suami isteri dalam tempoh setahun perkahwinan dan angka ini sangat menakutkan.

"Sebab itu kita membuat program baharu untuk terus membimbing suami isteri baharu melayari perkahwinan yang bahagia," katanya kepada pemberita mengenai program baharu sepanjang tahun ini seliaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Sepanjang tahun lalu, sebanyak 11,415 perkahwinan telah direkodkan manakala kes perceraian yang berlaku melibatkan sebanyak 2,455 pasangan di mana 125 pasangan bercerai selepas setahun berkahwin manakala 838 kes perceraian melibatkan perkahwinan melebihi usia lima tahun.

Muhammad Pehimi berkata majlis resepsi itu akan turut menjemput pengantin, ibu bapa dan ibu dan bapa mentua yang akan diraikan oleh pemimpin di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dan dilakukan secara berperingkat di seluruh negeri.

"Walaupun terdapat 11,415 pasangan suami isteri baharu sepanjang tahun lalu, namun majlis resepsi ini hanya untuk mereka yang boleh memberikan komitmen hadir sahaja untuk melayakkan mereka menerima hadiah itu.

"Selain hadiah simpanan RM200, mereka akan turut diberi input dari segi ilmu dan bimbingan perkahwinan agar ikatan itu kekal ke akhir hayat seterusnya melahirkan generasi cilik yang berakhlak dan mempunyai keluarga bahagia," katanya.

Mereka yang ingin menyertai program ini boleh mendapatkan borang di Pejabat YPKT setiap parlimen dengan syarat salah seorang pengantin mestilah rakyat Terengganu.

-- BERNAMA

PROGRAM ZIARAH WARGA EMAS DUN KOTA PUTERA
15 March
2015
Written by:
Published in: Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH WARGA EMAS DUN KOTA PUTERA
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU
17 FEBRUARI, 2015

Kerajaan negeri dijangka membelanjakan kira-kira RM2.4 juta untuk pemberian insentif sebanyak RM100 bagi setiap bayi yang lahir sepanjang tahun ini, kata Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Mohd Shafaruddin Mustaffa.

Beliau berkata, kos tersebut adalah hasil rekod pendaftaran kanak-kanak ke sekolah rendah secara purata, yang mencatatkan bilangan kelahiran antara 20,000 dan 24,000 bayi setiap tahun.

“Oleh kerana kelahiran bayi bukan sesuatu yang boleh diketahui awal, jadi kita jangka kira-kira 24,000 bayi akan lahir tahun ini dan menikmati insentif tersebut.

“Bagi kelahiran bayi pada Januari dan sepanjang Februari ini, ibu bapa boleh menuntut insentif itu di pejabat YPKT berdekatan, mulai Mac ini dan membawa dokumen penting seperti kad pengenalan ibu bapa dan sijil kelahiran bayi.

“Borang permohanan skim itu boleh didapati di pejabat YPKT atau di Pusat Khidmat DUN di seluruh negeri,” katanya semalam.

Insentif itu diumumkan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman ketika membentangkan Bajet 2015.

Ia bertujuan meraikan kelahiran bayi baharu dalam kalangan pasangan suami isteri dan sebagai tanda cakna serta kasih kerajaan Terengganu kepada generasi mudanya.

Mohd Shafaruddin berkata syarat penerima ialah ibu atau bapa mestilah anak kelahiran Terengganu dan bayi tersebut harus lahir di mana-mana hospital di negeri berkenaan.

“Namun, YPKT tidak memberi insentif RM100 itu dalam bentuk tunai sebaliknya dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i,” katanya.

Layouts
Colors