Pada 3 September 2016 telah berlangsungnya Perasmian Kaunter T-Cakna di Perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Perasmian disempurnakan oleh YB Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Hj Mohd Zubir Embong, mewakili YAB MB Terengganu.
Kaunter bersepadu ataupun dikenali sebagai Kaunter T-Cakna menawarkan perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi memudahkan anak-anak Terengganu di perantauan membuat permohonan berkaitan Dana Transformasi Orang Muda, Dana Perayaan, Dana Remaja, Bantuan Pakaian, Tabung Darul Iman, Dana Bantuan Persekolahan, Bantuan Perniagaan dan lain-lain lagi. Kaunter T-Cakna akan terus dibuka pada setiap hari Ahad minggu pertama setiap bulan.
Selain Yayasan Pembangunan Keluarga (YPKT), jabatan dan agensi yang terlibat adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yayasan Terengganu (YT), Sekretariat Tabung Darul Iman, dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).
YPKT menawarkan perkhidmatan dan memperkenalkan program-program seperti, Bimbingan Perundangan Ibu Tunggal, Pengurus Kediaman (Home Manager), Pasca Perkahwinan “Semarak Kasih” dan Program Saya Anak Terengganu: Ingat Sebelum Terkena, Potensi Diri dan TAKLIF.
Permai Hotel, Batu Buruk, Kuala Terengganu – Program selama 3 hari 2 malam pada 18 Ogos hingga 20 Ogos 2016, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah mengadakan Program Pasca Perkahwinan “1st Honeymoon” kepada 41 pasangan Program Perkahwinan Perdana TTB 2016 daripada Parlimen Marang dan Parlimen Besut.
Pasca Perkahwinan – 1st Honeymoon adalah program pertama kali dibuat kepada peserta pasangan Perkahwinan Perdana TTB 2016 bagi membangunkan minda dan sikap jati diri supaya lebih bermotivasi bagi meningkatkan ilmu kemahiran pengurusan diri dan keluarga dan juga memantapkan hubungan kekeluargaan melalui penerapan nilai kasih sayang.
Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Puan Hajah Ramlah binti Idris, selaku Timbalan Pengarah Bahagian Program YPKT.
6 Ogos 2016 (Sabtu), Dewan Auditorium Utara, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah mengadakan Seminar Keintiman Suami Isteri yang dikendalikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mat Saat bin Baki dan isteri beliau, Datin Zorinah binti Haroan kepada peserta pasangan Perkahwinan Perdana Keluarga Generasi TTB yang telah selamat diijab kabul secara beramai-ramai disetiap daerah pada 14 Mei 2016.
YBhg. Dato’ Dr. Mat Saat bin Mohd Baki selaku penceramah undangan bagi program ini merupakan seorang Professor. /Postgraduate Thesis Supervisor, Departmental of Psychology. Falculty of Education + Social Science, University Industry Selangor Merangkap Clinical and Corsulting Psychologist Marriage, Family and Sex Therapist, Pantai Hospital Kuala Lumpur.
Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Program; YBhg. Pn. Hajah Ramlah binti Idris mewakili YBhg. Pengarah YPKT dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga; Tuan Haji Abd. Ghafar bin Mamat.
Objektif seminar adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan mengenai psikologi di dalam alam rumahtangga (pertembungan individu introvert dan ekstrovert). Peserta diberi kesedaran tentang kepentingan menjaga hubungan intim dengan pasangan ke arah keharmonian dan pemantapan keluarga untuk mengekalkan hubungan mesra suami isteri dalam melayari bahtera keluarga bermula di awal usia perkahwinan.
Isteri gembira, suami bahagia hingga ke akhirnya.
3 Ogos 2016, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah mengadakan Taklimat Pencalonan Anugerah Tokoh Keluarga Lengkap / Keluarga Tunggal Mithali Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2016 Sempena Sambutan Maal Hijrah 1438H / 2016M.
Taklimat yang diadakan di Dewan Utama YPKT itu telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Tuan Haji Abd. Ghafar bin Mamat. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y.Bhg. Pn. Hajah Ramlah binti Idris, Timbalan Pengarah Program serta Pegawai dan Kakitangan YPKT.
Melalui konsep yang telah digariskan, setiap Dewan Undangan Negeri akan mencalonkan seorang Tokoh Anugerah Keluarga Lengkap / Keluarga Tunggal Mithali yang terbaik untuk dipilih ke peringkat negeri yang memenuhi kriteria pemilihan yang dicadangkan oleh jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah 1438H/2016M.
Penerima Anugerah akan dinobatkan pada 2 Oktober 2016 (Ahad) bersamaan 1 Muharram 1438H bertempat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 5000.00 yang akan disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
Objektif penganugerahan ini adalah untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada Tokoh Keluarga Lengkap dan Tokoh Keluarga Tunggal Mithali di Samping menjadi model dan ikutan kepada masyarakat bagi mewujudkan sebuah keluarga bahagia dan berkualiti.
1 Ogos 2016- Didalam Program Siri Jelajah YB. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Peringkat Zon Timur, Dato’ Sri Rohani binti Abdul Karim telah mengadakan lawatan ke rumah majikan Home Manager di Kampung Tok Ku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu.
Menerusi program 'Home Manager' atau Pengurus Kediaman yang dilperkenalkan Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) wajar dicontohi dan diperluaskan lagi kerana perkhidmatan ini mendapat permintaan tinggi dan mampu menjadi contoh untuk negeri-negeri lain.
Selain itu ia juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing sebagai pembantu rumah, pelaksanaan program Pengurus Kediaman secara tidak langsung dapat memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat terutama golongan wanita.
Turut hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha KPWKM, Azman bin Mohd Yusoff; Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datuk Yatimah binti Sarjiman; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu, YB. Roslee bin Daud serta Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin bin Mustaffa.
Dewan Utama, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2014/2015 YPKT telah diadakan pada 28 Julai, 2016 dan telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Haji Osman bin Muda, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. APC yang diperkenalkan sejak tahun 2003 ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan dan juga pengiktirafan kepada warga YPKT yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan sentiasa mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan dengan memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan dan rakyat.
Pada majlis tersebut, seramai 94 orang penerima APC iaitu 47 orang penerima bagi tahun 2014 manakala 47 orang penerima bagi tahun 2015 telah diraikan pada majlis tersebut dengan masing-masing telah menerima Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM1,000 dan Sijil Penganugerahan yang disampaikan oleh Y.B Dato’ Haji Osman sendiri.
Sekalung tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Kursus Asas Psikologi dan Kaunseling telah diadakan selama 2 hari kepada Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPPM) dari setiap daerah pada 24 dan 25 Julai 2016 bertempat di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
Penceramah yang dijemput ialah Dr. R Zirwatul Aida bt R Ibrahim, Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan penceramah kedua ialah Dr. Mazidah bt Mohd Dagang, pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Objektif kursus adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta kursus kepentingan pengetahuan psikologi dalam masa yang sama memberi pendedahkan kepada peserta kursus kemahiran asas kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
Pada 23 Julai 2016 (Sabtu), bertempat di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah berlangsungnya Majlis Penutup Program Pengurusan Berat Badan “Qu Sihat Qu Sling” anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu (PKDKT) bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
Majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan YPKT, To’ Puan Hajah Zaimah bt And Aziz yang mewakili Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Turut hadir, Timbalan Pengarah Program, Puan Hajah Ramlah bt Idris, Pegawai Kesihatan Daerah Kualah Nerus, Y.Bhg. Dr. Hajah Rohayaty bt Muda dan Pegawai-Pegawai Kanan JKNT dan YPKT.
Objektif utama Program Pengurusan Berat Badan di kalangan Warga Kerja PKDKT dan YPKT yang bertemakan “Qu Sihat Qu Sling” ini adalah untuk memperkasakan warga kerja supaya mengamalkan gaya hidup sihat bagi tujuan pencegahan penyakit tidak berjangkit dan mewujudkan anggota yang sihat dan proaktif.
Program kolaborasi ini merupakan satu inisiatif yang membanggakan di mana PKDKT dan YPKT bersama-sama berganding bahu dan mengambil langkah untuk mempengaruhi warga kerja mereka dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kesihatan di jabatan masing-masing dengan:
Tanggal 28 Jun 2016, Menteri Besar Terengganu, YAB. Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman telah menyempurnakan majlis pra-pelancaran (Soft-Lunching) Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu, Paya Bunga Square, Kuala Terengganu.
Berkesempatan itu beliau turut melawat TASKA PERMATA Keluarga UTC, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan meluangkan masa seketika bersama kanak-kanak disitu.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman bin Muda. Pengarah YPKT, Y.Bhg Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Ketua Penolong Pengarah (Perkambangan Awal Kanak-Kanak), En. Nazri bin Yusoff, serta pegawai-pegawai YPKT dan UTC.
TASKA PERMATA Keluarga UTC yang bertempat diaras 1, Paya Bunga Square, kini dibuka bagi memberi kemudahan kepada ibubapa yang bekerja di sekitar kawasan Paya Bunga Square untuk menghantar anak-anak mereka disitu.
15 Jun 2016 bersamaan 10 Ramadhan 1437H telah mengadakan Seminar Ihya’ Ramadhan anjuran bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timor dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Penceramah jemputan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ybhg. Ustaz Muhammad Rashidi bin Haji Wahab menyampaikan ceramah bertajuk “Ramadhan Pemangkin Integriti”.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah YPKT, Y.Bhg Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pn. Nor Mazila binti Mohd Zin, Eksekutif Zon Timur (YADIM Cawangan Terengganu), YBhg. To’ Puan Hajah Zaimah binti Ab. Aziz, Timbalan Pengarah Pengurusan, Puan Hjh. Ramlah binti Idris, Timbalan Pengarah Bahagian Program dan pegawai-pegawai YPKT.
Objektif program ini mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia dengan aktiviti keagamaan serta menjalinkan hubungan kerjasama antara YADIM dan agensi-agensi di Terengganu khasnya dalam melebarkan dakwah melalui pendekatan mesra mad’u.
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Seminar ihya’ Ramadhan 1437H/2016M merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam menjayakan program ini.