Malay Chinese (Traditional) English
 
Arkib Berita

Arkib Berita (175)

Pada 14 Jun 2017 (Rabu) bertempat di Dewan Utama YPKT telah berlangsungnya Program Transformasi Kekeluargaan ibu Tunggal Reset Ramadhan : Mendidik Diri dan Keluarga.

Program dikendalikan oleh Tuan Haji Abdul Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Keluarga. Seramai 200 orang peserta Ibu Tunggal yang hadir adalah daripada Parlimen Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Hulu Terengganu.

Objektif program ini bertujuan memberi pendedahan kepada Ibu Tunggal untuk melakukan refleksi diri dari perspektif kekeluargaan islam sempena bulan Ramadhan ini. Dalam masa yang sama menerangkan tanggungjawab ibu dalam melaksanakan transformasi keluarga bagi mencapai pembentukan kehidupan keluarga yang lebih positif mengikut tuntutan Sunnah.

2017 06 19at08.13.28

2017 06 19at08.13.322

2017 06 19at08.13.325

18581799 1883104711929446 9040059054370815272 n

20 Mei 2017 - Seramai 37 orang belia telah mendapat pinjaman tanpa faedah yang disalurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) melalui Program Jaya Diri (PJD).  Program usahawan yang dikendalikan oleh YPKT ini, mampu membantu dari segi pendapatan isi rumah bagi usahawan berkenaan ke tahap yang lebih baik. Ia usaha kerajaan negeri untuk membantu rakyat meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi keluarga terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah.

Kerajaan negeri amat komi­ted untuk membantu dan bersedia membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi menyediakan kemudahan dan bantuan pinjaman modal di samping bimbingan melalui pelbagai siri kursus. Langkah ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri terus komited dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi dalam kalangan rakyat.

Seramai 37 penerima adalah dari Besut (4), Setiu (7), Marang (3), Dungun (8) Kemaman (13 orang) dan Kuala Nerus (2) yang terdiri dari tukang-tukang gunting rambut dari seluruh daerah di Negeri Terengganu.

Sejak Program Jaya Diri diperkenalkan pada 1995, YPKT telah menyalurkan pinjaman sebanyak RM62,715,000.00 kepada 18,033 orang peserta dengan jumlah pinjaman maksimum RM20,000.00 berdasarkan kesesuaian perniagaan.

Majlis penyampaian pinjaman berjumlah RM365,00.00 telah disempurnakan YAB Dato Seri Menteri Besar Terengganu,  Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri  Terengganu 2017 di Padang Bola Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu. Turut hadir sama ADUN Telemong, YB. Dato' Haji Rozi bin Haji Mamat dan Pengarah YPKT, YBhg. Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa.

Program Hari Kecemerlangan Pendidik PERMATA Negara 2017 anjuran Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri telah berlangsung pada 18 Mei 2017 bertempat di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Penganugerahan telah disampaikan oleh YABhg. Datin PAduka Seri Rosmah Mansor, isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap penaung Program PERMATA.

Penganugerahan adalah melibatkan empat kategori iaitu:

1. Anugerah Pendidik PERMATA Terbaik
    - Siti Fatimah binti Deris dari Taska Permata Keluarga Kampung Buluh.

2. Penyampaian Sijil Perakuan PERMATA Q
    - Taska Permata Keluarga Kampung Che Kundur
    - Taska Permata Keluarga Bukit Bayas
    - Taska Permata Keluarga Kampung Fikri,
    - Taska Permata Keluarga Taman Desa Permai

3. Anugerah Dokumentasi TASKA Terbaik
    - Taska Permata Keluarga Gong Datok

4. Anugerah Pengurusan TASKA Terabik
    - Taska Permata Keluarga Kampung Cacar

Pihak PERMATA telah menjemput peserta daripada YPKT seramai 79 orang iaitu seramai 4 orang dari Bahagian Pentadbiran TASKA, 7 orang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPPM) Kawasan, 65 orang pengurus TASKA, 1 orang guru TASKA dan 2 orang Pengerusi Kelab TASKA.

Lanjutan daripada program ini, telah diadakan Kursus Pembangunan Profesionalisme Pendidik PERMATA Negara Selama 3 hari iaitu pada 19 hingga 21 Mei 2017 yang melibatkan 5 orang PPPM dan 10 orang pengurus TASKA bertempat di Hotel Oriental Crystal, Kajang.

group1

group2

17458020_592517784286321_905748721631563663_n.jpg

Bertarikh 26 Mar 2017 (Ahad) - Satu robongan daripada Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Falkuti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) adalah bertujuan untuk melihat bagaimana sistem pengurusan YPKT dalam mengendalikan Taska Permata Keluarga.

Robongan seramai 7 orang diketuai oleh Dr. Abdul Halim bin Masnan, Ketua  Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Falcuty Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI.

Taklimat mengenai Taska Permata Keluarga dikendalikan oleh Puan Ramlah binti Idris, Timbalan Pengarah Program.

Pihak Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada UPSI kerana memilih YPKT dan Taska Permata Keluarga.

17498899_592517610953005_7394869655830455528_n.jpg

17499408_592517540953012_2376666230523983410_n.jpg

17426215_592517434286356_8358915971257529933_n.jpg

DSC_8182.jpg

Pada 22 dan 23 Mac 2017 - Anggulia Beach Resort, Marang. Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan Program Kecemerlangan Sahsiah kepada Anak Ahli Ibu Tunggal YPKT yang akan menduduki peperiksaan tingkatan 3 dan tingkatan 5 dari lapan parlimen Negeri Terengganu. Pembinaan sahsiah dan disiplin merupakan elemen terpenting untuk kejayaan setiap pelajar. Pendedahan kepada pelajar bahawa setiap daripada mereka adalah pemimpin samaada memimpin orang lain ataupun memimpin diri sendiri terutamanya sebagai anak ibu tunggal amat penting dipupuk bagi meningkatakan kefahaman dan keperihatinan mereka terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Objektif program ini adalah bagi memantapkan sahsiah pelajar dalam mengharungi cabaran sebagai pelajar dan anak dari keluarga tunggal. Memberi pendedahan kepada peserta  bahawa kecemerlangan sahsiah bergerak seiring  dengan kecemerlangan akademik dan membimbing  pelajar mengatasi halangan-halangan utama dalam mengejar kejayaan dalam kehidupan.

Penceramah jemputan khas untuk mengendali program ini selama satu hari pada 22 Mac adalah Ustaz Wan Anuar bin Wan Mamat, Pensyarah dari UITM Dungun. Manakala pada 23 Mac dikendali oleh Tuan Haji Abd Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Keluarga YPKT diikuti majlis penutup dan penyampaian sijil kepada anak-anak ibu tunggal.

DSC_8084.jpg

DSC_8247.jpg

DSC_8132.jpg

DSC_8239.jpg

Kuala Nerus – Kontinjen Terengganu berjaya melepasi sasaran 9 pingat emas yang diletakkan oleh Persatuan Bina Badan & Angkat Berat negeri pada Kejohaan Angkat Berat Kebangsaan 2017 yang berakhir hari ini.

DSC_7982_-_Copy.jpg

Presiden Persatuan Bina Badan & Angkat Berat Terengganu, Mohd Sharafuddin Mustaffa, berkata setakat ini kontinjen tuan rumah telah berjaya mengutip 11 pingat emas, 14 perak dan 4 gangsa. 

“Ini adalah pencapaian terbaik atlet angkat berat Terenganu dalam kejohanan peringkat kebangsaan.

“Bukan itu sahaja, jumlah penyertaan atlet remaja juga bertambah melepasi sasaran awal yang ditetapkan oleh pihak persatuan,” katanya selepas menyampaikan pingat kepada pemenang kategori 94kg Remaja dan Terbuka di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini hari ini.

Melihat kepada kejayaan positif para atlet, Mohd Sharafuddin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan kejohanan seumpama itu pada tahun hadapan

“Kejohahan ini akan diteruskan dalam usaha untuk meningkatkan potensi atlet ke tahap yang lebih tinggi dan sasaran kita ialah mencipta kejayaan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 nanti”, katanya.

Secara kesuluruhan, Terengganu kini berada di tempat kedua di belakang Majlis Sukan Negara yang sehingga kini memungut 24 emas, 8 perak dan 13 gangsa.

Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Terengganu 2017 berlangsung selama tiga hari di Stadium Tertutup Gong Badak di sini bermula 18 Mac dan berakhir hari ini.

Asal: https://terengganutimes.com/angkat-berat-kebangsaan-terengganu-lepasi-sasaran-kutip-11-emas-keseluruhan

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah menganjurkan Program Forum Perdana “Keluarga Bahagia Impian Semua” selama 2 hari bermula pada 2 Mar (Khamis) dan 3 Mar (Jumaat) 2017.

17192390 996457783821268 4440179445818375616 o

Ahli-ahli panel jemputan khas menampilkan pasangan Semanis Kurma TV9, Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Hamid dan Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah bt Mahamood. Manakala Tuan Haji Abd Ghafar Mamat (Ketua Pengarah Pembangunan Keluarga) selaku moderator kepada program tersebut.

Sepanjang 2 hari tersebut YPKT telah Berjaya melaksanakan sebanyak 4 kali Forum Perdana dibeberapa tempat yang berbeza. Bermula di Dewan Auditorium, Blok Akademik, UniSZA, Gong Badak pada petang 2 Mar (Khamis) dan sebelah malam di Dewan Komuniti Kuala Berang, Hulu Terengganu. Manakala pada pagi 3 Mar (Jumaat) di Masjid Sultan Ismail, Chendering.

Kemuncak Program Forum Perdana tersebut telah diadakan pada malam 3 Mar 2017 dengan kerjasama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, masjid, Belia MAYC dan kelab Rukun tetangga Kampung Tebakang yang diadakan di Perkarangan Masjid Kampung Tebakang, Marang, Kuala Terengganu.

Turut hadir Pegawai Penyelaras DUN Alur Limbat, Saiful Bahri bin Dato' Baharuddin, Ketua Puteri UMNO Bahagian Marang, Laila Daud dan pegawai serta kakitangan Pejabat Agama Daerah Marang dan Agensi Transformasi Rakyat DUN Alur Limbat.

YPKT mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang turut sama terlibat di dalam menganjurkan Program Forum Perdana ini.

17159161 996007107199669 4373605619006221157 o

17098101 996024113864635 4523860089183634925 o

17038575 996457620487951 2936672346056394610 o

Pada malam 6 Febuari 2017, bertempat di Dewan Utama YPKT. YPKT sebagai Jabatan Angkat Sukan Angkat Berat Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis meraikan kejayaan atlet-atlet Sukan Angkat Berat pada SUKMA 2016.

Majlis dirasmikan oleh YB. Haji Roslee bin Daud selaku Pengerusi jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri merangkap Bapa Angkat Sukan Angkat Berat Terengganu.

Turut hadir Pengarah YPKT, Y.Bhg. Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah Majlis Sukan Negeri, Y.Bhg Haji Ibni Amin bin Busu, pegawai-pegawai YPKT, ahli-ahli jawatankuasa persatuan dan atlet-atlet Sukan Angkat Berat Negeri Terengganu.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada atlet-atlet yang telah berjaya mendapat pingat terutama pingat emas pada temasya SUKMA 2016 baru-baru ini.

16426030 1374643632577193 297830211858411697 n

16640987 1374643522577204 8027430591528129061 n

16473001 1374644909243732 5817739676404025917 n

15740950 1374644559243767 8660417314735862770 n

Pada 19 Januari 2017 (khamis), bertempat di Dewan Utama YPKT. Telah diadakan rakaman Pantun Ria TerengganuFM dimana melibatkan pemantun-pemantun daripada TerengganuFM melawan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Rancangan Pantun Ria dikendalikan oleh DJ Sidi bersama pemantun-pemantun terdiri daripada DJ Ejo, DJ Rohani dan DJ Rizal dari pihak TerengganuFM manakala disebelah pihak YPKT terdiri daripada Wan Nurhidayati binti Wan Muhammad, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPPM) Marang, Mazuri @ Iskandar Zulqarnaim bin Salleh, Pembantu Takbir Taska 2 dan Nur Hidayah binti Hamzah, PPPM Kemaman.

16002915 1351117634929793 1596190898651462474 n

Turut hadir memeriahkan rancangan Pantun Ria adalah Y.Bhg. Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah YPKT, Rida Suzirawati binti Muda, Ketua Bahagian Rancangan dan pegawai-pegawai YPKT.

Rancangan Pantun Ria akan disiarkan sekali sebulan setiap hari Jumaat minggu terakhir jam 5 Petang. Tujuan diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan berkongsi objektif dan peranan setiap agensi kod masyarakat.

15977659 1351117558263134 3060342708684184048 n

16105928 1351117621596461 6124335638943496603 n

16114417 1351117731596450 1017881205656448886 n

16002889 1351117931596430 3724884251213693672 n

16142654 1351118214929735 8198092792337299411 n

12/09/2016

Bermula daripada September 2016, YPKT telah mengadakanpengubalan dan pelantikan semula semua Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran QE/5S YPKt bagi tahun 2016.

Langkah ini diambil bersesuaian dengan penyusunan dan pertukaran secara besar-besaran didalam struktur organisasi YPKT itu sendiri.

Diharap semua Jawatankuasa baru yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Carta Jawatankuasa 5S SMALL 1

Layouts
Colors