Malay Chinese (Traditional) English
 
Arkib Berita

Arkib Berita (175)

26910344 725642470973851 1121458529461738087 o

22 Januari 2018 (Isnin) - Satu rombongan lawatan daripada Y.Bhg Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Terengganu, Y.Bhg. To' Puan Hajah Anis binti Hamid telah mengadakan Lawatan ke TASKA Permata PUSPANITA Cawangan Negeri Terengganu, Batu Burok, Kuala Terengganu.

Sebelum ini dikenali sebagai TASKA Permata Keluarga Batu Burok telah diberi penjenamaan semula kepada TASKA Permata PUSPANITA Cawangan Negeri Terengganu. Berikutan permintaan tinggi daripada kalangan penjawat awam, TASKA Permata PUSPANITA telah dibuka khas untuk penjawat awam menghantar anak-anak mereka disitu.

Oleh kerana permintaan selalunya meningkat terutamanya di kawasan bandar berbanding luar bandar namun pemilihan akan dilakukan dengan mengutamakan ibu bapa yang mampu memberi komitmen tinggi terhadap aktiviti TASKA. Manakala bagi golongan kurang berkemampuan juga berpeluang menghantar anak mereka ke TASKA Permata jika memenuhi syarat.

26910125 725642644307167 525800861847836825 o

Didalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan Mock Cheque sebanyak RM 4,000, dan goodies kepada kanak-kanak TASKA Permata.

26952030 725642190973879 8869120893470216686 o

27164385 725641637640601 5447531240167273646 o

To' Puan Hajah Anis binti Hamid merupakan isteri kepada YB. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB. Dato' Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail.

Turut hadir ialah Y.Bhg. To' Puan Hajah Kamisah binti Dollah, Timbalan Pengerusi 1; Y.Bhg. To' Puan Hajah Wan Rosnah binti Wan Jusoh, Timbalan Pengerusi 2; Puan Hajah Norehan binti Sulong, Pengerusi BIRO Pendidikan danPembangunan Keluarga PUSPANITA dan Puan Hajah Ramlah binti Idris, Timbalan Pengerusi BIRO / Timbalan Pengarah YPKT, serta pegawai-pegawai daripada YPKT dan AJK PUSPANITA.

IMG 8420

Bertempat di Hotel Seri Costa, Melaka selama 3 hari 2 malam pada 11 Januari hingga 13 Januari 2018 Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan Program Peningkatan Potensi Diri kepada belia dan beliawanis dari Parlimen Kuala Terengganu seramai 80 orang peserta terlibat.

Tujuan Program ini adalah untuk membangun potensi diri khalifah dari aspek mental, emosi, fizikal dan sosial secara bersepadu dan mewujudkan satu kumpuln sukarelawan yang berketerampilan dikalangan belia dan beliawanis.

IMG 8122

Penceramah dikendalikan oleh Tuan Haji Abdul Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Keluarga iaitu penceramah YPKT sendiri dan penceramah jemputan En. Norzilam bin Mohamed dari Biro Tatanegara, Putrajaya.

IMG 8171

Antara aktiviti lain adalah lawatan bermaklumat ke Pertubuhan Belia (MAYC) Kg. Duyong Melaka (BEDUMA) yang telah menerima Anugerah Kejohanan Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2011 Kategori Persatuan. Dalam masa yang sama turut mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan Beduma.

Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah YPKT.

IMG 8263

IMG 8273

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara Terengganu Kitchen Sdn Bhd dan Brahim's SATS Food Services Sdn Bhd, Koperasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (Terengganu) serta Yayasan Pembangunan Keluarga dan Brahim's SATS Food Services Sdn Bhd di Kuala Lumpur, pada 6 Disember 2017.

DSC 1440

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan barisan ahli mesyuarat kerajaan negeri.

Perjanjian-perjanjian tersebut ditandandatangani oleh Naib Presiden DPIMT, Dato' Dr Abdul Latiff Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, Ketua Pegawai Operasi Brahim's, Mohd Zaki Omar dan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga, Mohd Shafaruddin Mustaffa.

DSC 1347

DSC 1418

Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara T-Kitchen dengan Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd (Brahim’s) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia(DPIM) Terengganu dapat memperluaskan lagi pasaran dua produk utama T-Kitchen.

Selain terdapat di Kuala Lumpur, Produk T-kitchen telah memasarkan lebih 50,000 pek nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku dan kini produk tersebut boleh didapati di dua buah negara luar iaitu di Australia dan Singapura.

DSC 1427

24991351 1744400162268203 8870447151941755868 n

Bertempat di Batu Burok Beach Resort selama 3 hari 2 malam Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan Program Transformasi Keluarga tunggal "Kecemerlangan Diri Anak Ibu Tunggal" pada 3 Disember 2017 hingga 5 Disember 2017.

Seramai 90 orang anak Ibu Tunggal (dari 8 Parlimen Terengganu) yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun 2018.

24862213 1744392885602264 6541412544515851553 n

Program ini adalah bertujuan melahirkan anak-anak Ibu Tunggal yang bemotivasi tinggi, rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab bersama dalam memimpin keluarga. Pemantapan sahsiah dalam mengharungi cabaran sebagai pelajar dan anak dari keluarga tunggal menjadi intipati sebagai penangkis anasir-anasir yang kurang sihat yang berleluasa dewasa ini.

24899744 1744395562268663 1167458668054744966 n

Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Manakala Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah dirasmikan oleh Puan Hajah Ramlah binti Idris, Timbalan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

24852181 1744405198934366 5613843275803577094 n

24059098 1729081737133379 6985705245305166660 n

Selama 3 hari 2 malam telah berlangsungnya Program Pasca Perkahwinan 1st Honeymoon Tahun 2017 Siri 1 pada 23 November hingga 25 November 2017 bertempat di Permai Hotel, Batu Burok, Kuala Terengganu.

Peserta terdiri daripada Peserta Perkahwinan Perdana TTB 2017 seramai 35 pasangan yang hadir.

23847205 1729077953800424 3983452756385819990 o

Tujuan program ini adalah bagi membangunkan minda dan sikap jati diri supaya lebih bermotivasi bagi meningkatkan ilmu kemahiran pengurusan diri dan keluarga dan juga memantapkan hubungan kekeluargaan melalui penerapan nilai kasih sayang.

Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah YPKT.

23845633 1729080710466815 1074214340496218608 o

23847466 1729081567133396 2582745567319033484 o

23754864 10155424463769006 6245790991754676947 n

 

Wisma Darul Iman – Pada 19 dan 20 November 2017 telah berlangsungnya Konvensyen Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2017 Peringkat Negeri Terengganu. Dalam konvensyen dua hari itu, sebanyak 24 kumpulan terdiri daripada jabatan kerajaan negeri dan persekutuan seluruh Terengganu membentangkan ciptaan serta mengetengahkan idea mencakupi pelbagai bidang serta perkhidmatan masing-masing.

 

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu buat kali pertamanya menghantar 1 Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) dengan nama Hi Tech Speed (HTS) yang terdiri daripada 8 orang ahli kumpulan dan seorang fasilitator.

 

23632818 1721493797892173 974590838476410752 o

 

Projek inovasi KIK YPKT adalah Max Oil Solved (MOS) iaitu mesin penyelenggaraan minyak mesin jahit. Terciptanya MOS adalah kerana sebelum ini pelatih-pelatih dan guru-guru di Kelas Jahitan YPKT menghadapi kesukaran untuk menukar minyak mesin jahit dan kos penyelenggaraan yang agak tinggi melibatkan juruteknik luar.

 

23737919 1721493207892232 6543145129800630007 o

 

Dengan adanya MOS ini bagi memudahkan proses penukaran minyak mesin jahit, jimat masa dan tenaga serta mudah digunakan oleh guru dan pelatih.

 

23668934 1721491581225728 5920845533152340412 o

 

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada pemenang pada malam 20 November 2017 disampaikan oleh YB. Dato' Haji Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Terengganu.

 

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A Rahman Yahya dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Tuan haji Zainal Abidin Hussin.

Program Akhir Tahun dan Penghargaan Kanak-Kanak Taska Permata Keluarga Kuala Terengganu 2017 telah diadakan pada 11 November 2017 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu.

23406040 696011983936900 8227694731079839081 o 23551016 696012250603540 2466231545036137850 o

Diantara persembahan yang ditunjukkan adalah Persembahan Kanak-Kanak Tabilas dengan Tarian Tradisional Terengganu "Ya Bani Ya Badang" kemudian Persembahan Kanak-Kanak Tipat dengan tarian Baby Shark dan Semangat Berkibar. Diteruskan dengan Persembahan Guru-Guru Taska TPK Kuala Terengganu dan Persembahan Ibu-Bapa.

23467123 696017130603052 3609607832134794432 o

23456338 696019323936166 6199819502084348142 o

Seramai 52 kanak-kanak telah tamat tahun 4 dan 8 orang kanak-kanak telah tamat TABILAS menerima sijil dan hadiah penghargaan.

Penyampaian hadiah disampaikan oleh Wakil AJK Kelab, Tuan Haji Raja Musa bin Raja Ahmad.

22814301 690427197828712 7514599465790218661 n

Taska Permata Keluarga dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Taska Peringkat Negeri bagi tahun 2017 di Kota Putera Square, Besut, Terengganu pada 28 Oktober 2017 (Sabtu).

Sebanyak 9 buah TASKA PERMATA Keluarga dari daerah Besut dan agensi-agensi luar yang terlibat telah membuka booth-booth pameran. Diantara Aktiviti dan Pameran yang dijalankan adalah Aktivti Minda dan Potensi Diri, Program Interaktif Brilliant Kids, YPKT Kids Planet, Feqah Anak-Anak Kecil, Zootopia, Pemerikasaan Kesihatan Percuma telah memeriahkan lagi suasana Majlis ini.

Manakala persembahan pentas oleh anak-anak TASKA PERMATA Keluarga dari Parlimen Besut dengan Hafaz Muqaddam, Johan Pertandingan Story Telling Peringkat Negeri Terengganu dari TASKA PERMATA Keluarga Pulai Serai, Dungun telah mempersembahkan Story Telling mereka yang bertajuk “Allah is the Most Forgiven” yang cukup menghiburkan, Persembahan Deklemasi Sajak, dan bermain Piano Keyboard.

23120345 691151184422980 1461699564006408385 o 22904916 691149631089802 3980421436923470462 o

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Seri Idris bin Jusoh. Turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera, YB. Mohd Mahdi bin Musa dan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Y.Bhg. Tuan Haji Shafaruddin bin Mustaffa.

22861590 691149791089786 7233766725779273209 o

22228481 1782676062024734 6850052092884904858 n

Kira-kira 200 kakitangan Home Manager (HM) atau pengurus kediaman menyertai Program Kecergasan Fizikal dan Hari Keluarga di Taman Rekreasi, Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu, semalam.

Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, program itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua pengurus kediaman yang menjalankan perkhidmatan dengan penuh dedikasi dan cemerlang, untuk melaksanakan aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga.

Memandangkan hubungan kekeluargaan amat penting buat kami, kami mahu menganjurkan satu acara untuk kakitangan meluangkan masa berkualiti dengan keluarga dan pada masa yang sama dapat mengenali dan bermesra bersama ahli-ahli keluarga yang lain,” katanya ketika dihubungi oleh Teganukita/TIT.

Sementara itu, Pengurus Home Manager, Mohd Faizal Haron berkata, program kekeluargaan itu merupakan wadah terbaik dalam mengeratkan hubungan antara semua kakitangan HM.

Walaupun hari keluarga HM ini yang pertama kali diadakan, ia akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan untuk masa yang akan datang,”katanya.

22279591 1782678452024495 4074786088585825078 n

22221864 1782678222024518 2389567880389593350 n

Antara acara sukaneka yang diadakan seperti kerusi berirama, bawa bola ping pong, tarik tali, lontaran belon berpasangan serta pelbagai lagi yang turut melibatkan anak-anak kakitangan HM.

Berita Daripada : Tengku Nor Shahida Tengku Abd Rasid (Teganukita)

DSCN5035

Dua Taska Puspanita dijangka akan beroperasi awal Januari depan di Batu Buruk, Kuala Terengganu dan Kampung Raja, Besut.

Ini berikutan taska itu mendapat permintaan tinggi daripada kalangan penjawat awam.

Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dalam proses melakukan persiapan akhir sebelum beroperasi.

"Selain membuat penjenamaan semula daripada Taska Permata biasa kepada Taska Permata Puspanita di kawasan itu beberapa penambahbaikan lagi turut dilakukan.

"Bagi Taska di Kampung Raja, Besut proses mengubahsuai satu kuarters kerajaan kepada taska baru sedang dilaksanakan dalam tempoh dua bulan untuk tujuan itu," katanya.

Mohd Shafaruddin berkata, kapasiti di Taska Puspanita Batu Buruk mampu memuatkan kira-kira 200 orang manakala di Kampung Raja seramai 40 orang.

"Proses pengambilan pelajar dibuka sepanjang awal hingga akhir Oktober ini termasuk bagi semua 65 taska Permata seluruh Terengganu.

"Permintaan selalunya meningkat terutamanya di kawasan bandar berbanding luar bandar namun pemilihan akan dilakukan dengan mengutamakan ibu bapa yang mampu memberi komitmen tinggi terhadap aktiviti taska," katanya.

Beliau berkata, golongan kurang berkemampuan juga berpeluang menghantar anak mereka ke Taska Permata jika memenuhi syarat.

"Setakat ini terdapat lebih 100 kanak-kanak dari golongan miskin yang dibiayai Maidam ditempatkan di Taska Fikri dan Jabi bagi Parlimen Setiu," katanya ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Taska Permata Parlimen Setiu 2017 di Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, semalam.

DSCN5014

Sebanyak tujuh Taska Permata dengan jumlah pelajar 411 orang terbabit dengan program itu manakala seramai 800 ibu bapa hadir.

Antara acara yang diadakan ialah Hafazan Dan Doa, 'Story Telling', sajak, persembahan Keyboard dan Tabilas.

Program dirasmikan Ahli Parlimen Setiu, Datuk Che Mohd Zulkifly Jusoh.

Oleh : Aminudin Ismail (The Iman Tribune)

Layouts
Colors